Laman Web Syedila

Wednesday, November 26, 2008

Pembatalan Fly to Jakarta



Salam rakan-rakan, saya ingin memohon maaf kerana terpaksa membatalkan perjalanan saya dan isteri (kami) ke Jakarta untuk mendapatkan Polypack yang telah ditempah rakan-rakan sekelian. Pembatalan disaat-saat akhir adalah oleh kerana sesuatu perkara yang amat penting yang perlu saya uruskan dan selesaikan dengan kadar yang segera. Masalah ini tak dapat dielakkan lagi. Jika perkara ini selesai dan InsyaAllah boleh selesai. Saya akan meneruskan misi ke Jakarta ini pada minggu depan atau selepas Hari Raya Korban nanti dan membawa pulang sebanyak 20 unit Polypack yang telah saya tempah disana dan yang ditempah oleh rakan-rakan. Diharap rakan-rakan bersabar dan sekali lagi saya memohon maaf. Wassalam.

3 comments:

Anonymous said...

Mengikut signboard tu... tuan tak jadi pi sebab sibuk bancuh habuk kayu ka?... heheheee

Anonymous said...

Tn Syed kalau jumpa pengeluar mesin tu boleh dapat info cara buat jamur terutama tekniknya sekali. Suhu dan masa proses. Saya nak balik Indo utk Pesta Kawin hjg thn, boleh dpt kontak org sana tak??

Syed Osman Abadi said...

Tuan Haji, InsyaAllah, saya pun baru nak berkenalan dengan orang disana dan juga ingin dapatkan maklumat tentang buat jamur kering dan kerepek buah. Kalau ada kemudian saya akan menghubungi tuan Haji. Terima Kasih, wassalam.
...InsyaAllah kalau tiada halangan saya ke Jakarta pada 12/12/2008 ni.

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,