Sunday, June 29, 2008

Pemasangan Water Mist

Contoh penghasilan kabus air oleh Water Mist rumah 1 dan 2
Bagi satu rumah cendawan 20'x 40' dipasang 5 nozzle water mist
Buat masa ini saya memasang jumlah 10 unit nozzle water mist. Kalau mengikut kemampuan high pressure pump ia mampu untuk sejumlah lebih 30 unit nozzle untuk pressure sehingga 130 bar. Itu bergantung juga pada jarak pump dan nozzle.
Bacaan suhu dan kelembapan setelah water mist sejam di operate pada waktu tengah hari.
High Pressure Pump running at 50 bar saja. (Max 130 bar) disimpan dalam rumah. Auto on off timer untuk water mist. Buat masa ini saya run 1jam on , off 1jam (siang hari) dan 1/2 jam on 2 jam off (malam hari).

Saturday, June 21, 2008

Perkembangan Misellium Bongkah 1st.Batch

Batch pertama ini saya menggunakan habok kayu getah yang masih baru (Warna kuning putih dan panas). Bukan apa sebab terlalu excited nak buah bongkah sendiri dan tak sanggup tunggu 7 hari untuk ia menjadi merah. Dikukus sekali pada malam 17.6.2008 selama 5 jam dan sehingga suhu stim 65 deg C (dah pukul 1 pagi disebabkan terlalu mengantuk di off kan). Besoknya 18.6.2008 dikukuskan sekali lagi (sebab tak yakin kukusan semalam) selama 7 jam sehingga suhu stim 78 deg C. Kalau diperhatikan betul-betul terdapat tompok-tompok hitam didalam bongkah yang saya sendiri tak tahu apa ianya. Apabila dileraikan dan dipegang ianya seperti sesuatu yang terbakar dan keras. Adakah ini terjadi disebabkan habok kayu ini masih baru ? atau terjadi daripada sisa getah kayu pada habok yang masih baru?. Walaupun begitu saya teruskan juga menyuntik benih pada malam 19.6.2008. Kertas penutup yang digunakan adalah kertas pembungkus nasi yang mana lapisan dalamnya licin dan luarnya kasar. Dikatakan kertas ini tidak dapat memberi laluan pernafasan kepada proses perkembangan misellium. Saya ada juga menggunakan kertas gula yang dibeli di Maidin. Last sekali saya pakai kertas surat khabar saja. Sebenarnya mereka (pengusaha besar cendawan dan benih cendawan) menggunakan yang dinamakan "kertas ayam"(dikatakan digunakan untuk tempat ayam berak oleh pengusaha ayam supaya tahi ayam kering cepat untuk dibuat baja). Cari lah punya cari sampai hari ni tak dapat-dapat. Kalau ada antara rakan-rakan seperjuangan tahu dimana boleh dibeli "kertas Ayam" tu, bantulah saya, Terima kasih in advance.
Sehingga malam ini 21.6.2008 selepas 2 hari disuntik, perkembangan misellium sudah nak nampak seperti mana gambar-gambar di atas dan dibawah dan saya rasa-rasa ia mungkin sudah menjadi. InsaAllah perkembangan misellium akan berterusan dan membuahkan hasil yang baik kemudian. Selepas hari itu habok kayu getah ada juga dipilih-pilih ambil yang dah menjadi merah dipermukaan nipis atas longgokan. Tu pun masih bercampor dengan yang putih-kuning. Harap-harap tiada apa-apa yang tidak diingini terjadi. Hari ini terus disuntikkan benih kepada kumpulan bongkah-bongkah yang terkukus selama 10 jam setengah dan pada suhu stim 81 deg C. (Al-kesah "Trajedi Terkejut Berok"). Harap-harap keputusannya pun akan baik. InsaAllah. Amin.
Perkembangan misellium pada 1st. batch
Yang ini dua disimpan secara tegak didalam almari buku(dibilik tidur)betul-betul gelap dan langsung tiada pergerakan udara. Buat perbanding kemudian. Boleh nampak tak tompok-tompok hitam tu.
Malam ini saya dah tak larat nak isi benih sendirian, dahlah tak boleh merokok,sunyi dan panas (kena pasang Accond ni), pinggang pun dah jadi lain macam rasanya. Jadi upahlah pekerja membuatnya. 1 jam RM5.00. 1 jam pekerja ini dapat menyiapkan lebih kurang 100 hingga 110 siap disusun diatas rak. Oleh itu kos suntik benih dah menjadi lebih kurang 5 sen sebongkah. Bertambah lagi kos membuat bongkah. Tak apa asalkan ia menjadi dan memberi pulangan kemudian. Untuk melakukan suntikan ini dipaksa dulu pekerja mandi bersabun (boss subsidi sabun Dettol), pakai baju yang dah dibasuh (baju sendiri tiada subsidi), basuh tangan dan kaki sendiri dengan Dettol bersih-bersih, mulut dan hidung ditutup dengan penutup mulut rapat-rapat macam doktor dan tak boleh bercakap-cakap. Pakai bahasa isyarat je. Kalau diperhatikan betul-betul, batch dibelakang pekerja adalah batch "Trajedi Terkejut Berok". Memang gelap habis dibandingkan dengan yang didepannya iaitu batch sebelumnya. Pekerja sedang menyusun bongkah-bongkah yang baru disuntik benih malam ini. Batch bongkah-bongkah ini adalah kumpulan "Trajedi Terkejut Berok".

Friday, June 20, 2008

Projek Baru - Water Mist

Oleh kerana rakan-rakan cendawan berpendapat penggunaan water mist akan lebih baik untuk rumah cendawan (memang diakui betul), saya pun rasa perlu digunakan water mist untuk rumah cendawan saya lebih-lebih lagi rumah cendawan saya tiada pokok untuk dia berteduh (pokok yang ditanam sebelah menyebelah masih kecil lagi) dan suhu didalamnya memang panas sehingga mencecah 34 deg C dan kelembapan hanya sekitar 20 % saja. Maka bermulalah projek baru...membuat water mist sendiri, bukan beli yang dah siap. Bukan untuk berjimat cermat (tapi perlu jimat, pakai mana yang dah ada) disebabkan kedudukan kedua-dua rumah cendawan saya berjarak 100 kaki dan jarak dalam rumah cendawan pula 40 kaki kehujung setiap rumah dan in memberi jumlah 180 kaki dan menggunakan satu High Pressure Pump (Pump pencuci kereta - 130 bar ~2.5 HP), rasa-rasa projek ini boleh berjaya. Insaallah.

High Pressure Cleaner Pump (130 bar) - Kalau tak pakai untuk water mist, boleh pakai untuk cuci kereta.
(2 dalam 1) macam syampoo
Water mist centrel Connector
Water mist Nozzle
High pressure pipe (yang dulu-dulu kerja)
Water fillter, supaya air yang mengalir ke nozzle betul-betul bersih kerana water mist nozzle amat halus dan senang tersumbat. Kalau dah tersumbat, kena ganti baru tak boleh pakai tiup-tiup lubangnya untuk cuci kembali.

Terkejut Beruk 2 (Samb.)

Al'lahamdulillah, apa bila saya buka kukusan pagi tadi air dalam tangki kukusan hampir-hampir kering (1 inci daripada dasar) dan heating element dah pun terdedah 70 %. Apabila semua bongkah-bongkah telah dikeluarkan, air dimasukkan kembali dan diuji samada heating element boleh berfungsi dengan baik. Syukur Allahamdulillah semua berjalan dengan baik, heating element berjalan ok. Bila diperhatikan pada bongkah-bongkah keadaan warnanya lebih gelap macam hanggus, hanya sebahagian kecil yang berhampiran dengan tangki (raga bawah sekali) plastik bawahnya cair dan melekat di besi raga dan sesetengahnya rasa-rasa masih boleh digunakan lagi. Rasa-rasa lain kali hendak kukus bongkah lebih baik disebelah pagi dan dikeluarkan disebelah lewat petang, lebih selamat. Sedikit pengajaran untuk saya. Betul kata AYNE kerja kena rehat juga, tak boleh terkejar-kejar. Wassalam.

Heating element yang dah terdedah, tapi ok.Bongkah yang dikeluarkan daripada kukusan. Semuanya selamat.

AMIN, ALLAHAMDULLILLAH.

Terkejut Berok

Pagi ni aku betul-betul terkejut, dahlah terlena didepan TV diatas sofa diruang tamu (sebenarnya aku memang suka sangat tidur dikerusi/sofa didepan TV ni). Dengan tak sembahyang Ishaknya lagi. Ceritanya macam ni. Tak silap aku, aku terlena lebih kurang pukul 11 malam (Tak plan). Mula-mula dari pukul 8.30 mlm dengan semangatnya menyambung kerja-kerja menyuntik benih yang masih banyak lebih kurang 1000 bongkah lagi yang dah sejuk, baru siap tak sampai 200, rasa-rasa nak rehat sikit sambil pergi merokok (Dunhill Light). Sebelum itu pada pukul 7.00 mlm aku kukuskan bongkah-bongkah yang telah siap didalam kukusan dan jangkaan akan dikukus selama 7 jam dan akan dipadam pukul 2.00 pagi. Kukusan aku ni sebenarnya ada dia punya cut off suhu. Malangnya aku terlupa set pada suhu 80 deg. C. Bacaan setnya pada 90 deg C. Jadi sedar tak sedar aku terjaga tidur pukul 5.30 pagi dah dekat nak subuh. Apa lagi terkejut beruk betul sebab teringat tak sembahyang Ishak lagi dan juga apa dah jadi dengan kukusan aku sebab sudah terlalu lama dikukus, mungkin air kukusan dah kering ke kerana terlalu lama dikukus atau element dah rosak kerana dah terdedah tanpa air, atau dah apa dah jadi pun aku tak tahu. Apa bila otak dah separuh sedar setelah jaga dari tidur, aku terus bergegas ke kukusan diluar rumah. Apa bila dibuka saja pintu dapur , alarm sekuriti rumah aku terus berbunyi dengan kuatnya macam bunyi ambulan, apa lagi dengan terkejutnya aku terus berlari ke panel alarm untuk di off alarm yang berbunyi. Dengan mata masih lagi rabun ayam sebab baru bangun tidur, tekan no penal pun tersilap, tekan punya tekan last-last ok. Lepas tu aku terus kekukusan aku diluar rumah, suhu menunjukkan 81 deg C, terus aku off. Kalau dikira masa kukusan ini dah jejak 10 jam setengah. Woow lama tu. Tentu air dalam tangki kukusan dah kering atau heating element kukusan dah terdedah. Kalau heating element tu terdedah boleh rosak loo. Aku sebenarnya mengisi air separuh saja dalam tangki kukusan supaya ia cepat mendidih. Kalau ikut jangkaan dan kiraan aku air itu cukup untuk maksima kukus selama 8 atau 9 jam saja (bukan apa nak jimat letrik sikit). Semasa cacatan ini ditulis setelah sembahyang subuh (Ishak dah sembahyang, sempat kot sebab tak dengar bang suboh lagi) aku belum lagi membuka pintu kukusan untuk dilihat betulkah air dalam kukusan tu dah kering ? Bongkah-bongkah cendawan aku dalam kukusan apa jadi sebab kukus terlaku lama. Kukusan-kukusan sebelum ini pada suhu maksima 78 deg C dan 7 jam lama pun plastik bongkah dah sedikit cair dan berkedut bagi bawah bongkah yang bersentuhan dengan besi raga. Jadi sekarang dah pukul 7.06 pagi aku nak pergi tengok apa jadi...heating element ok ?, bongkah-bongkah still ok ? berdoa kehadrat Illahi. Amin. Wassalam



p.s. Maaf sebab susunan ayat tak cantik, dulu SPM(1981), Bahasa Melayu dapat lulus 8, tak kredit pun. Nasib baik boleh sambong belajar, kalau tak dah lama jadi saudaga cendawan. he..he.


Gambar ini tiada kaitan dengan kejadian semalam, samada yang hidup mahu pun yang dah mati. Kalau ada kaitan adalah secara kebetulan saja, tak plan. Kalau tak juga puas hati, saman saja.

Thursday, June 19, 2008

Benih & Pembenihan

Benih yang telah matang di bilik benih, ready digunakan.
Benih yang dihancurkan dan disuntik kebongkah. 1 beg benih dapat suntik 30-35 bongkah.
Bongkah ready untuk disuntik dibilik suntik. Masa penyejukan 2 hari
Bongkah yang telah disuntik hari ini.

Wednesday, June 18, 2008

Kukusan Bongkah (Pertama Kali)




Semalam adalah kali pertama proses kukus bongkah media dijalankan dengan kukusan elektirk ini. Sebanyak 1000 bongkah diisi kedalam kukusan. Proses pengukusan berjalan baik. Dibawah adalah jangkamasa dan peningkatan suhu stim yang dicatatkan.

Mula 8.00 pagi - suhu 29 Deg C
9.00 pagi - suhu 54 Deg C
10.00 pagi - suhu 65 Deg C
11.00 pagi - suhu 69 Deg C
12.00 th. - suhu 73 Deg C
1.00 ptg - suhu 76 Deg C
2.00 ptg - suhu 78 Deg C
3.00 ptg - suhu 78 Deg C . Suis di off.

Jangkamasa 7 jam. Penggunaan kuasa elektrik : 12 KW/h x 7 h = 84 KW = 84 unit TNB
Oleh itu kos elektrk : 84 x RM 0.31 = RM 26.04 bersamaan kos 1 tong gas.

Sunday, June 15, 2008

Buat Bongkah Sendiri Sekeluarga

Petang ini paksa anak-anak dan pembantu rumah menyiapkan 100 bongkah, bukan apa biar anak-anak rasa bukan senang nak cari duit.

Berpeluh seluruh badan bersenam, berat juga satu-satu rak dan bongkah ~20kg... tak apa lain minggu dah dapat pekerja Nepal seorang barulah senang sikit. Nak rasa berat juga kerja ni.
Dapat diisi sejumlah 900 bongkah (Tidak padat. bongkah dalam rak besi saja), kalau diisi dicelah-celah antara rak jumlah boleh mencapai 1200 bongkah. Cuba lain kali tengok perbezaan hasil dan kos


<

Saturday, June 14, 2008

Bermula Perbikinan Bongkah

Malam pun kerja...semangat berkoba-koba
Pekerja mengambil upah

Tunggu hendak dikukus

Hari ini bermula lambaran baru...membuat bongkah sendiri. Dengan dibantu oleh pekerja lama dalam construction, dapat disiapkan sebanyak 450 bongkah.

Wednesday, June 04, 2008

Pemerhatian Proses Kukusan - Kali ke 2


Perubahan dibuat :
Heating element di lekatkan hampir dasar tangki kukusan, pintu diseal dengan fibleglass cotton, air tangki dikurangkan hanya separuh tangki.

Keputusan :

Air mendidih dalam masa 35 minit, Suhu stim meningkat ke 83 deg. C (Maksima) dalam masa 2 jam. Stim terbebas boleh dikatakan tiada langsung.

Dengan keputusan ini saya akan menggunakan kukusan ini untuk pemerhatian apabila dimasukkan bongkah media. (Anggaran ~1,000 bongkah sekali kukus). Sekarang dah boleh mula buat bongkah. Alahamdulillah.

Monday, June 02, 2008

Pemerhatian Kukusan Elektrik Beroperasi (Tanpa Bongkah media)

Kukusan dalam ujian keberkesanan. (Tanpa media bongkah)


Heating element (12,000 watt) dalam tangki air kukusan


Stim kelihatan terbebas keluar


Sambungan arus elektrik litar ketangki air.


Ujian pemanasan dalam proses


Suhu steam 73 deg. calcius (suhu dalam kukusan) selepas 1 jam 27 minit operasi.

Saiz volume tangki air kukusan : 2'x 1.5'x 5'=15 kaki padu = 25,92 inci padu = 0.4248 meter padu = 424.8 liter



Pemerhatian :

Mula pukul 7.00 pm : Suhu 30 deg. Celcius

7.30 pm : 37 deg. C

8.00 pm : 48 deg. C

8.30 pm : 60 deg. C (Air dalam tangki sudah mendidih dan suhu 100 deg. C)

9.00 pm : 67 deg. C

9.30 pm : 75 deg. C

10.00 pm : 79 deg. C

10.30 pm : 80 deg. C

11.00 pm : 80 deg. C , suis di padam setelah 4 jam operasi dan setelah tiada peningkatan suhu

11.30 pm : 57 deg. C, setelah dibiarkan tanpa dibuka pintu kukusan.



Didapati suhu maksima stim dalam kukusan adalah 80 deg. C setelah 4 jam operasi. Kelihatan juga kumpulan-kumpulan stim yang keluar / terlepas dari celeh-celah pintu kukusan. Ini mesti dikemaskan lagi supaya peratusan stim terlepas dapat dikurangkan dan suhu udara stim boleh ditingkatkan lagi.



Kos elektrik :

Setiap 5 minit operasi 1KW/h elektrik digunakan (bersamaan 1 unit TNB). (Pemerhatian dibuat pada meter TNB). Oleh itu 1 jam operasi menggunakan 12 KW/h elektrik (tepat bersamaan kuasa heating element) = 12 unit TNB = 12 x $0.31/unit = $3.72

Bagi 4 jam operasi : 4 x $3.72 = $14.88

Bagi 7 jam operasi (kebiasaan tempoh kukusan bongkah media dikukus) : $22.89, dimana kosnya lebih kurang kos 1 tong gas memasak.



Persoalannya :

Suhu stim dalam kukusan 80 deg. C dah mencukupi ? Kalau 80 deg. C dah memadai atau tidak?, berapa lama masa perlu dikukus media ? 4 jam ? , 5 jam ? atau 7 jam ? atau lebih ?.

Perlu lagi dibuat pemerhatian/ujian pada media yang telah dikukus pula samada telah betul-betul ok setelah dikukus untuk jumlah jam yang berbeza. Pemerhatian akan dibuat pada bongkah media tanpa disuntik benih dan yang disuntik benih samada akan diserang penyakit atau sebaliknya bongkah media berkenaan.

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,