Laman Web Syedila

Sunday, March 21, 2010

Lawatan Pejabat Pertanian Kuala Selangor




Salam dan selamat sejahtera, pada minggu lepas, Isnin, 15/3/2010 pihak CSU rasa amat bertuah kerana kilang kami dilawati oleh pegawai-pegawai Pejabat Pertanian Kuala Selangor iaitu Puan Nor Aini, Puan Norliana dan En. Zain. Lawatan ini adalah berhubung dengan tinjaunan untuk melihat sendiri mesin-mesin cendawan keluaran syarikat kami bagi kegunaan beberapa pengusaha-pengusaha cendawan didaerah Kuala Selangor. Pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan diharap kita kemudian akan dapat sama-sama membantu dan meningkatkan lagi keupayaan dan kejayaan pengusaha-pengusaha cendawan. Wassalam.

Monday, March 15, 2010

Mesin "pasteurisation" kordial







Salam dan selamat sejahtera, semenjak 2 minggu lepas CSU telah diberi kepercayaan oleh sebuah syarikat IKS Bumiputra di Batu Gajah Perak untuk menyediakan satu mesin kukusan/masakan untuk memproses minuman kordial buah-buahan. Mesin ini dilengkapi dengan motor 1 hp untuk tujuan mengaul dan mengadun semasa proses membuat kordial. Antara ciri-ciri bekas adunan ini ia terdiri daripada 2 lapisan dinding/bekas stainless steel berketebalan 2mm dan 1.5mm. Bekas berketebalan 2mm dibahagian luar bertujuaan untuk pemanasan air didalamnya menjadi stim dan bertekanan untuk memasak adunan kordial didalam bekas berketebalan 1.5mm. Berkapasiti 80 liter. Tujuan menggunakan pemanasan stim ini supaya proses memasak kodial akan mengekalkan rasa asli dan zat yang terkandung dalam buahan dan juga supaya kordial yang diproses ini tidak akan hangus atau terbakar. Mesin ini dilengkapi dengan anolog thermometer & release valve bertujuan menentukan proses pemasakan kordial ini mengikut ciri-ciri "pasteurisation" dalam membuat kodial. Terima kasih diucapkan kepada pengusahanya En . Din dan isteri dan didoakan semuga perusahaan kordial dan soya beliau terus maju dan mencapai kejayaan, InsyaAllah.

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,