Laman Web Syedila

Monday, June 21, 2010

Mesin 2 in 1 Ke Permatang Pasir Pulau Pinang



Allahamdullillah, CSU selamat membuat satu lagi penghantaran mesin mixer dan bagging (2 in 1) ke Permatang Pasir, Permatang Paus, Pulau Pinang pada Khamis lepas 17.6.2010. Tempahan ini dibuat oleh Jabatan Pertanian Dearah Seberang Prai yang membekalkannya untuk pengusaha cendawan RHR SAHABAT MAJU ENTERPRISE yang mana syarikat ini di kongsi bersama oleh 3 anak muda bersahabat En. Rahim, En.Hafiz dan En. Rizal ..... (RHR). CSU ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Zakiah (pegawai pertanian) dan Sahabat Maju Enterprise dan didoakan semuga terus maju jaya dan usaha mereka diberkati Allah s.w.t. AMIN.

Tuesday, June 08, 2010

Penghantaran Mesin Jabatan Pertanian Dearah KB Kelantan





Assalamualaikum dan salam sejahtera, Allahamdullilah hari ini CSU (Syedila Enterprise) selamat membuat satu lagi penyerahan mesin-mesin yang ditempah oleh Jabatan Pertanian Dearah Kota Bharu Kelantan dan juga kepada 2 pengusaha cendawan di Kelantan iaitu En. Nizam dan En. Nawi. Mesin yang ditempah oleh Jabatan Pertanian Kota Bharu adalah 2 steamer besar berkapasiti 1152 setiap satu beserta dengan bakul besi sebanyak 96 unit setiap satu steamer. En. Nawi menempah mesin bagging manakala En. Nizam menempah mesin mixer. Kesemua mesin-mesin ini diangkut sendiri oleh Jabatan Pertanian dearah Kota Bharu menggunakan lori Jabatan Pertanian yang dikendali oleh En. Soh dan En. Khalid. CSU ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Nasir (Pegawai Pertanian) kerana memberi kepercayaan terhadap produk-produk keluaran kami. Sama juga jutaan terima kasih juga kepada En. Nawi dan En. Nizam, dan kami mendoakan semuga perusahaan cendawan En. Nawi dan En. Nizam akan bertambah maju dan terus berjaya, Insya'Allah.

Thursday, June 03, 2010

Mesin Ke Jabatan Pertanian Dearah Kuala Selangor





Salam dan selamat sejahtera, Allahamdulillah semalam 2 Jun 2010 CSU (Syedila Enterprise) selamat membuat 3 penghantaran mesin-mesin ke 3 pengusaha-pengusaha cendawan disekitar Kuala Selangor. Pengusaha-pengusaha ini mendapat bantuan yang mulia ini daripada Jabatan Pertanian Daerah Kuala Selangor.
En. Azlan di Jeram menerima bantuan mesin mixer & bagging (2 in 1 mini) , En. Yusof Othman di Permatang menerima bantuan mesin mixer dan steamer dan Haji Adnan di Ijok mendapat bantuan mixer dan steamer mana beliau menjalankan perusahaan beliau di perkarangan Jabatan Pertanian Dearah Kuala Selangor. CSU mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Nor Aini Jabatan Pertanian Dearah kerana percaya kepada mesin-mesin keluaran CSU ini dan terima kasih juga diucapkan kepada En. Azlan, Hj. Adnan dan En. Yusof dan didoakan semuga perusahaan cendawan mereka ini terus beroleh kejayaan dan dirahmati Allah s.w.t. AMIN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,