Saturday, December 25, 2010

Mesin Pengurai Sabut Kelapa (coco peat/ habuk sabut kelapa & coco fiber/ serat sabut kelapa)






Mesin Pengurai Sabut Kelapa untuk menghasilkan coco peat dan coco fiber yang banyak digunakan dalam sektor pertanian dan pembuatan. Coco fiber boleh diproses semula untuk dijadikan bahan asas dalam industri perabut, tilam, kusyen kenderaan dan lain-lain. Manakala coco peat dapat digunakan sebagai medium tanaman fertigasi menggantikan tanah dan penyerap kimia dan cecair dalam industri. Harga dipasaran sekarang minima RM700 untuk satu tan metrik coco fiber manakala harga coco peat RM300 permetrik tan.

Setiap 10 biji sabut kelapa menghasilkan 1 kg coco fiber dan 0.5 kg coco peat. Untuk 1 tan sabut kelapa bersamaan 2000 biji sabut kelapa dapat menghasilkan 200 kg coco fiber dan 100 kg coco peat.

Mesin ini dapat memproses coco fiber sebanyak 100 kg sehingga 200 kg setiap jam. Menggunakan motor 7.5 HP three phase, kelajuan pusingan blade/pisau penghancur 750 pusingan perminit.

Tuesday, December 21, 2010

Penghantaran Mesin



(1) 2 in 1 dan steamer ke Jabatan Pertanian Segamat, terima kasih En. Marzuki.




(2) 2 in 1 dan Steamer ke Masjid Tanah, Melaka, Terima kasih Jabatan Pertanian Melaka, En. Salleh.




(3) Jabatan Pertanian Serdang, Selangor untuk kegunaan sendiri 2 in 1 dan steamer, terima kasih Puan Nur Aizat dan En. Amin.






(4) Penghantaran 2 in 1 dan Steamer ke Jabatan Taiping, Perak 14.10.2010. Terima kasih En. NoorSham.





(5) Penghantaran 2 in 1 Ke Pulau Pinang, Jabatan Pertanian untuk pengusaha En. Omar.


(6) Penghantaran ke Maran, Pahang 2 in 1 untuk Felda Wilayah Jengka untuk kegunaan En. Bakri. Terima kasih En. Azmi.

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,