Laman Web Syedila

Wednesday, January 21, 2009

Mesin Mixer Dan Bagging (2 dalam 1)


*Dalam binaan 95 % siap
*2 motor 1.5 hp.
*2 suis
*Single phase current
*Binaan spesifikasi kilang
*Boleh dilengkapi penapis diatas (3 dalam 1) - option
*Boleh diguna juga mengaul baja fitigasi dan kompos

Tuesday, January 20, 2009

Autoclave Stainless Steel

Oleh kerana kita selalu menghadapi masalah mendapat benih yang baik dan selalu juga tidak mencukupi, pihak CSU sekarang sedang membina autoclave yang mana badannya termasuk rak-rak bertingkat didalamnya diperbuat daripada stainless steel untuk digunakan membuat benih sendiri. Bersaiz diameter 18" , tinggi 24" dan ketebalan platenya 2mm. dan dianggarkan boleh memuatkan lebih 150 botol benih sekali kukus. Berdoa kehadrat Illahi supaya semuanya berjalan dengan baik. InsyaAllah.

Saturday, January 17, 2009

Penghantaran Steamer Dan Mesin Bagging

Hari ini pihak CSU membuat penghantaran mesin bagging dan steamer ke Padang Temu, Melaka iaitu yang ditempah oleh En. Ramlan & En. Ismail berserta isteri. Selain mengusahakan cendawan, En. Ramlan & En. Ismail juga ada mengusahakan perternakan ikan keli dalam canvest. Ini adalah merupakan kali pertama bagi pihak CSU menjual steamer / kukusan bersaiz loading 576 bongkah sekali kukus. Pihak CSU berharap En. Raslan & En. Ismail berpuas hati dengan kehadiran mesin ini dan mengucapkan ribuan terima kasih dan mendoakan En. Ramlan & En. Ismail akan lebih lagi berjaya dan cemerlang dalam bidang perusahaan cendawan dan ikan keli, InsyaAllah.

Sunday, January 04, 2009

Kursus Penanaman Cendawan Tiram CSU Kali Ke-2

Ahad Minggu lepas iaitu pada 28.12.2008, CSU telah berjaya mengajurkan kursus penanaman cendawan buat kali ke 2. 2 Peserta yang hadir kekursus kali ini iaitu En. Rasesh dari Taman Bachang dan En. Mohd Hafiz dari Taman Bukit Rambai Melaka. Pihak CSU ingin mengucapkan ribuan terima kasih. Sekarang ini kedua-dua mereka telah pun memulakan perusahaan cendawan ini. En. Ramesh memulakan secara kecilan dengan membuat sendiri sebanyak 70 bongkah dan diletak didalam bilik beliau. En. Hafiz sekarang telah meratakan tanah dikebun ayahnya untuk didirikan rumah cendawan. CSU mengucapkan semuga semua selamat berjaya dalam penanaman cendawan ini dan boleh sentiasa menghubungi CSU pada bila-bila masa.


PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,