Laman Web Syedila

Tuesday, July 28, 2009

Penghantaran Mesin Ke Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Allahamdullilah Ahad lepas CSU selamat membuat penghantaran mesin mixer yang ditempah oleh pengusaha Mohd Lutfi Mohd Arshad dari Kampong Paloh Makam Tok Ku Kuala Terengganu. Saudara Lutfi merupakan pengusaha yang telah menjalankan perusahaan cendawan ini lebih kurang 4 tahun dan telah menjadi salah seorang pengusaha dibawah bimbingan Jabatan Pertanian Terengganu yang berjaya. Perusahaannya terletak dikawasan yang nyaman udara dan dipagari dengan sungai sepanjang kebunnya. CSU mengucapkan jutaan terima kasih dan didoakan semuga terus maju jaya.







Pada hari yang sama ini CSU juga membuat penghantaran mesin mixer dan mesin bagging untuk kegunaan seorang pengusaha di Kuala Berang Terengganu iaitu Puan Norhayati. Beliau juga telah lama membuat cendawan ini dengan dibantu oleh seorang pekerja Indonesia. Menurut beliau selama ini beliau memproses bongkah adalah secara manual dan kini dengan adanya mesin-mesin ini beliau akan memperkembangkan lagi perusahaan ini.CSU juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan didoakan semuga beliau terus maju dan berjaya.


Wednesday, July 15, 2009

Laminar Flow






Salam semua... hari in nak cerita sedikit tentang laminar flow yang saya sendiri cuba buat sebagaimana spesifikasi/maklumat yang saya perolehi daripada manual (laminar flow diUPM) dan juga daripada internet. Laminar flow hanya terdiri daripada beberapa komponen penting iaitu HEPA filter, Centrifugal Fan/Blower. Pre Filter, lampu UV dan lampu kalimantan. Yang paling penting adalah kelajuan udara bersih yang melepasi HEPA filter adalah sekurang-kurangnya 0.45 m/s diukur pada jarak 6 in dihadapan HEPA filter. Untuk itu saya memerlukan centrifugal fan yang menghasilkan angin sebanyak 1250 cfm. untuk memberi satu tekanan kepada HEPA filter dan melepaskan udara bersih seperti diperlukan. Alat Anemometer adalah alat untuk mengukur kelajuan angin. Walaupun begitu yang paling penting dalam menghasilkan tisu kultur samada untuk cendawan atau lain-lain tisu kultur adalah kepandaian si pembuatnya ... atau seperti kata orang tua-tua air tangannya yang penting. Oleh demikian latihan dan pengalaman amat penting dalam menghasilkan tisu kultur yang baik.

Beberapa laman web untuk laminar flow

http://www.fungifun.org/English/Flowhood#match
http://escoglobal.com/products/laminar-flow-cabinets/detail.php?id=AHC-D



Friday, July 10, 2009

Mesin 2 Dalam 1 dan Steamer ke Bentong, Pahang





Allahamdullilah, semalam CSU selamat membuat satu lagi penghantaran mesin 2 in 1 dan steamer berserta bakul besi ke Bentong Pahang. Mesin ini adalah tempahan yang dibuat oleh pihak Jabatan Pertanian Bentong untuk kegunaan En. Zainal seorang pengusaha cendawan di dearah tersebut. En. Zainal juga merupakan seorang mentor kepada satu projek PPRT yang mana beliau ditugaskan/dilantik untuk memberi tunjuk ajar dan mengawasi peserta-peserta dibawah PPRT dalam pengendalian proses penanaman cendawan. Mengikut pegawai pertanian Bentong, En. Faizul, projek ini adalah yang pertama diadakan di Pahang dan peserta-peserta PPRT ini disediakan segala kemudahan seperti rumah cendawan, mesin-mesin pemprosesan cendawan, bahan-bahan mentah dan tunjuk ajar dalam mengendalikan penanaman cendawan ini. Pada kali ini seramai 5 peserta telah dipilih dan mereka adalah penduduk-penduduk dibawah skim ini yang tinggal berhampiran dengan tapak projek iaitu yang mana juga berhampiran dengan rumah En. Zainal. Jutaan terima kasih kepada En. Faizul, En. Zainal dan pegawai-pegawai dari Pejabat Dearah Bentong (maaf nama dah lupa) dan didoakan semuga projek ini akan beroleh kejayaan yang cemerlang dengan misi untuk membantu peserta-peserta ini dalam meningkatkan pendapatan keluarga mereka masing-masing, InsyaAllah.

Wednesday, July 08, 2009

Mesin 2 Dalam 1 dan steamer ke Tasik Puteri Rawang Selangor




Allahamdulillah semalam CSU selamat membuat satu penghantaran mesin 2 in 1 dan steamer ke Tasik Puteri Rawang Selangor untuk kegunaan pengusaha cendawan En. Suhaimie Kassim. Beliau mengusahakan cendawan ini disebuah rumah teres dua tingkat berhadapan rumah kediaman beliau sekeluarga di Taman Tasik Puteri. Buat masa ini beliau sedang menyiapkan segala kemudahan-kemudahan berkaitan dengan perusahaan ini dan dijangkakan akan mula beroperasi pada penghujung bulan Julai ini. Didoakan semuanya berjalan dengan baik dan CSU mengucapkan jutaan terima kasih kerana mempercayai keupayaan mesin-mesin pengeluaran CSU ini diharap mesin-mesin ini dapat membantu beliau dalam proses pembuatan bag media. Semuga beliau beroleh kejayaan cemerlang kelak... InsyaAllah.

Sunday, July 05, 2009

Mesin 2 Dalam 1 ke Kemaman Terengganu




Shukur Allahamdullilah, pada Sabtu lepas CSU selamat membuat satu lagi penghantaran mesin pengeluaran CSU iaitu mesin bagging & mixer 2 in 1 ke Kemaman Terengganu untuk kegunaan En. Abu dan isteri. En Abu telah mengusahakan perusahaan cendawan ini semenjak 2007 dimana selama ini proses membuat bag cendawan beliau dilakukan sendiri secara manual dan kapasiti bag beliau sekarang sekitar 15,000 bag. Sekarang En. Abu dalam proses mengembangkan perusahaan beliau dengan membina satu lagi rumah cendawan yang akan memuatkan sebanyak 15,000 bag lagi. Beliau dan isteri beliau juga selain menjual cendawan segar juga mengusahakan penjualan makanan-makanan berasaskan cendawan seperti popia cendawan dan cendawan goreng. Semasa kami membuat penghantaran, kami dihidangkan dengan makanan-makanan yang begitu sedap yang berasaskan cendawan... sangat-sangat terima kasih. Mengikut isteri beliau keperluan sendiri untuk membuat makanan berasaskan cendawan ini beliau memerlukan sebanyak lebih kurang 40kg hingga 50kg cendawan segar setiap minggu. CSU mengucapkan jutaan terima kasih kerana mempercayai keupayaan mesin keluaran CSU ini untuk membantu beliau suami isteri dalam meneruskan perusahaan cendawan beliau ini. Selamat Maju Jaya... InsyaAllah.

Friday, July 03, 2009

Pengambilan Mesin 2 in 1 ke Perak




Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini CSU menyerahkan mesin 2 dalam 1 yang telah ditempah oleh Mr. Peter Tan dari Perak untuk digunakan dikebun cendawan beliau. Menurut beliau, perusahaan cendawan beliau telah dijalankan semenjak 2 tahun yang lalu dimana sebelum ini kesemua proses membuat bag media dilakukan secara manual oleh pekerja-pekerja yang rata-rata pekerjanya dapat membuat lebih kurang atau purata 200 bag setiap seorang pekerja sehari. Sekarang dengan adanya mesin ini target beliau untuk melibat ganda proses membuat bag menjadi sekurang-kurangnya 400-500 setiap pekerja sehari bagi menampung keperluan bag cendawan. Menurut beliau lagi setelah 2 tahun berkecimpung dalam perusahaan cendawan ini dan setelah memastikan boleh mendatangkan keuntungan baru beliau upgrade ladang beliau untuk menggunakan mesin. Keseluruhan bag cendawan dikebun beliau sekarang melebihi 120,000 bag didalam 4 rumah di 3 tempat berbeza.

Setalah mencuba sendiri mesin ini dikilang CSU, beliau sungguh berpuas hati dan bersetuju menempah lagi 2 mesin ini dan akan sendiri mengambilnya pada minggu ketiga bulan Julai ini. Hari ini beliau membawa pulang satu mesin ini seperti yang telah dipersetujui. Pihak CSU mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesanggupan Mr. Peter datang dari jauh semata-mata untuk mencuba dan membawa pulang mesin yang ditempah. CSU berharap beliau akan lebih maju dalam perusaaan cendawan beliau, dan kita akan bertemu lagi dalam masa 2 minggu ini.

Wednesday, July 01, 2009

Mesin Bagging ke Sri Kembangan



Allahamdullilah pada Ahad lepas CSU selamat membuat satu penghantaran mesin Bagging untuk kegunaan En. Yuslan di Sri Kembangan Selangor. En Yuslan adalah seorang pegawai di Jabatan Haiwan Negeri Selangor yang telah mengusahakan cendawan tiram ini bersama-sama isterinya selama lebihkurang setahun lalu. Beliau mengusahakan cendawan ini dikawasan lapang dibahagian kiri dan kanan rumah beliau saja dan kini beliau merancang untuk memperkembangkan perusahaan ini dikampong beliau di rumah ibunya. Menurut beliau dengan adanya mesin bagging ini dapatlah ia mempercepatkan proses pembuatan bag lebih-lebih lagi beliau kini mendapat banyak tempahan bag untuk pengusaha-pengusaha disekitar Sri Kembangan. CSU mengucapkan jutaan terima kasih dan didoakan semoga beliau terus maju dan beroleh setinggi-tinggi kejayaan hendakNya. Wassalam.

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,