Laman Web Syedila

Tuesday, March 03, 2009

Mesin Mixer Dan Bagging (2 dalam 1) Ke Kelantan




Ahad, pihak CSU selamat membuat satu lagi penghantaran mesin 2 dalam 1 ke Kelantan. Ia merupakan satu perjalanan yang jauh dan mencabar dengan hujan yang lebat dan kesibukan lalulintas. Walaupun terlewat 1 hari dari masa yang dicadangkan (terpaksa tidur di Kuala Lipis) namum begitu dengan izin Allah s.w.t, CSU selamat sampai dengan selamat dan dapat membuat penghantaran mesin dalam keadaan yang baik pada keesokan harinya. Mesin ini adalah tempahan yang dibuat oleh pengusahan cendawan KulatKelate AGRIWAY NETWORK SDN BHD iaitu En. Hasmi yang menjalankan perusahaan cendawan di Melor dearah Kota Bharu. Pihak CSU mengucap ribuan terima kasih kepada En. Hasmi (Abang Mi) kerana berkeyakinan dengan kualiti mesin pengeluaran pihak CSU. Pihak kami juga mengucapkan terima kasih kerana mendapat pandangan dan cadangan yang baik daripada Abg. Mi untuk menambahbaikkan mesin-mesin pengeluaran CSU dari segi penambahan keselesaan semasa membuat bagging. CSU berharap dan berdoa agar perusahaan Abg. Mi akan berkembang pesat dengan jayanya. AMIN

Monday, March 02, 2009

Mesin Mixer Dan Bagging (2 dalam 1) Ke Nilai N9

Allahamdullilah penghantaran mesin sulong Mesin Mixer Dan Bagging (2 dalam 1) Ke Nilai N9 telah selamat sampai. Mesin ini ditempah untuk digunakan oleh Puan Aini diladangnya yang terletak di Pekan Nilai N9. Sebenarnya Puan Aini ini adalah juga pemilik mesin bagging yang dibekal oleh CSU lebih kurang 2 bulan yang lalu. Menurut beliau dengan adanya mesin 2 in 1 ini dapatlah lagi meringankan kerja-kerja mengaul media yang mana sekarang ini menggunakan mesin concrete mixer yang kecil. Pihak CSU ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas kepercayaan Puan Aini dengan mesin-mesin keluaran pihak kami dengan ini diharap perusahaan Puan Aini akan lebih makmur dan lebih berjaya. AMIN


Demo Mesin Mixer Dan Bagging (2 dalam 1)

Pihak CSU telah dikunjungi oleh pengusaha cendawan dari Tampin iaitu En. Mahadi dan rakan-rakannya kerana untuk melihat sendiri operasi mesin bagging & Mixer (2 dalam 1) pada pagi Sabtu 28 hb Febuary 2009. Sebenarnya pada pagi itu pihak CSU sedang dalam penyiapan untuk menghantar mesin-mesin ini kepada pengusaha-pengusaha yang telah menempah untuk digunakan diladang-ladang mereka. Diharap En. Mahadi berpuas hati dengan sedikit penerangan dan demo yang telah diadakan dan diucapkan ribuan terima kasih kunjungan ini berbanyak-banyak maaf kerana pertemuan ini terpaksa dipendekan kerana perjalanan kami untuk penghantaran ini agak jauh iaitu sehingga ke Kelantan. Jika ada pertanyaan atau ingin berkunjung lagi ke CSU...besar tapak tangan...niru kami tadahkan. Terima Kasih.



PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,