Laman Web Syedila

Wednesday, November 26, 2008

Pembatalan Fly to Jakarta



Salam rakan-rakan, saya ingin memohon maaf kerana terpaksa membatalkan perjalanan saya dan isteri (kami) ke Jakarta untuk mendapatkan Polypack yang telah ditempah rakan-rakan sekelian. Pembatalan disaat-saat akhir adalah oleh kerana sesuatu perkara yang amat penting yang perlu saya uruskan dan selesaikan dengan kadar yang segera. Masalah ini tak dapat dielakkan lagi. Jika perkara ini selesai dan InsyaAllah boleh selesai. Saya akan meneruskan misi ke Jakarta ini pada minggu depan atau selepas Hari Raya Korban nanti dan membawa pulang sebanyak 20 unit Polypack yang telah saya tempah disana dan yang ditempah oleh rakan-rakan. Diharap rakan-rakan bersabar dan sekali lagi saya memohon maaf. Wassalam.

Tuesday, November 25, 2008

Fly to Jakarta

Hari ini kami akan fly ke Jakarta dalam misi mendapatkan Polypack dan juga mendapat maklumat tentang mesin Vacuum Dryer dan mesin Vaccum Fryer buatan Indonesia.

Sementara itu saya juga ke Nilai untuk menghantar mesin baggging yang ditempah oleh pengusaha cendawan Nilai iaitu Puan Aini.Terima kasih Puan Aini. Saya pasti puan akan berpuas hati dengan mesin bagging ini di doakan semuga perusaan Puan Aini maju dan diberkati Allah S.W.T.
Rakan-rakan doakanlah misi saya ini beroleh kejayaan. AMIN


Sunday, November 23, 2008

Mushroom Chips -Mesin Vakum Dryer Dan Vakum Fryer


















Salam, seperti Puan Lina CIMA dalam post beliau hari ini saya ingin bercerita sedikit berkenaan produk hiliran yang boleh kita komesialkan dari cendawan. 2 minggu lepas saya dikunjungi oleh seorang pengusaha berbangsa Cina Singapore yang membawa saya satu makanan kering chips yang dijual di Singapore yang diimport daripada Taiwan. Makanan itu dibotal dan dinamakan "Oyster Mushroom Chips" dengan net weight 120g dan dijual dipasaraya di Singapore dengan harga SGD 6.50.00. DiMalaysia C & C ada juga menghasilkan produk ini. Saya dapati produk Taiwan ini memang sedap dan apabila dimakan sampai tak nak berhenti sehinggalah habis. Menurut pengusaha cina berkenaan, produk ini kini telah menjadi makanan chips yang amat digemari dan digilai oleh penduduk Singapore berbanding dengan produk-produk chips yang lain-lain yang dah lama dipasaran seperti hasil daripada kentang, ubi, pisang dll. Seperti kata Lina dan bayangkan kalau kita pengusaha bumiputera dapat menghasilkan produk ini dengan disertai tanda halal dan kalau dapat kita memasarkan sehingga ke negara-negara Arab ?. InsyaAllah.

Sehubungan ini saya telah membuat plan dan InsyaAllah untuk melawat pengusaha-pengusaha kilang disekitar Jakarta yang membuat masin seperti mesin vakum dryer dan mesin vakum fryer dan mendapat maklumat berhubung dengan mesin ini. Melalui satu laman web satu kilang disana telah pun membekalkan mesin ini keMalaysia seperti ke UTM dan juga ke pengusaha-pengusaha disini.




Disini saya postkan gambar mesin-mesin untuk tatapan rakan-rakan.



Tuesday, November 18, 2008

Suasana Kursus Pertama Anjuran CSU

Allahamdulillah, pada Ahad 16 Nov. 2008, pihak CSU dan Cendawan Melaka (CM) telah berjaya secara usahasama menjalankan kursus praktikal dan asas penanaman cendawan tiram yang diadakan di Cendawan Sungai Udang, Melaka. Seramai 6 orang peserta telah menghadiri kursus ini. Pada mulanya seramai 11 orang yang telah mendaftar untuk mengikuti kursus ini dan mereka yang tak dapat hadir memberitahu yang mereka akan menghadiri kursus ini pada masa-masa yang akan datang.



Pada permulaanya peserta diberi taklimat secara teori selama 2 jam pertama berkaitan maklumat-maklumat tentang cendawan, cara-cara penanaman, penjagaan sehingga kepada memetik dan membungkus cendawan. Peserta kemudian dijamu dengan makanan dan minuman.

Sesi kedua peserta ditunjuk ajar bagaimana membuat dan menyediakan bongkah cendawan secara manual dan juga diberi percubaan untuk membagging bongkah mengguna mesin bagging. Dan seterunya keadah mengukus bongkah. Setelah sessi ini peserta dijamu dengan makanan tengah hari pada pukul 2 petang.

Sessi ke tiga peserta ditujuk ajar melakukan penyuntikan benih secara yang betul dan terbaik dan peserta sendiri menyuntik benih kedalam bongkah.
Sessi keempat peserta beramai-ramai memetik cendawan-cendawan dirumah cendawan dengan melakukan keadah yang betul semasa memetik supaya tidak merosakkan misilium bongkah. Sebanyak 6 kilo cendawan dipetik pada kali ini.

Sessi kelima dan terakhir, peserta ditunjuk cara membersih cendawan yang telah dipetik dan terus membungkus untuk dipasarkan.
Sepanjang sessi-sessi ini peserta digalakkan mengajukan pertanyaan sepaya peserta akan lebih memahami keadah-keadah yang betul dalam penanaman cendawan ini. Sepanjang kursus ini peserta didedahkan segala keadah dalam proses penanaman cendawan.

Pihak kami ingin mengucapkan terima kasih, tahniah dan syabas kepada peserta kerana begitu berminat dan bersemangat sepanjang kursus ini.
Pihak kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada peserta yang kesemuanya akan memulakan penanaman cendawan ini secepat yang mungkin. Peserta boleh menghubungi pihak kami pada bila-bila masa pun kalau memerlukan bantuan dan juga apa-apa kemuskilan dalam penanaman cendawan ini.
Diakhir kursus, para peserta diberi sijil penyertaan, 6 bongkah matang/separuh/baru suntik dan sedikit cendawan segar untuk dibawa pulang dan sebagai kenangan.

Senarai Peserta kali ini :

1. Puan Siti Sarah binti Md. Deris (Semabok, Melaka)
2. Puan Munira binti Abdul Rahman (Duyong, Melaka)
3. Puan Habsah binti Kassim (Kelebang Besar, Melaka)
4. En. Shahryzni bin Omar (Pulau Gadong, Melaka)
5. En. Muhamad Noor Azli bin Noor Azmi (Batu Berendan, Melaka)
6. Tuan Haji Sani bin Lajis (Batu Berendam, Melaka)

Sunday, November 09, 2008

Kunjungan dan Tempahan Mesin Bagging

Lawatan mesra En .Mohd Affendy (Pringgit Mushroom) ke CSU. Terima kasih diatas kunjungan dan kongsian pengalaman.
Kunjungan daripada En. Zul(maaf tak dapat nama penuh) dan keluarga. Setelah mencuba mesin bagging, beliau dan keluarganya bersetuju dengan tempahan mesin bagging untuk digunakan diperusahaan beliau di Johor. CSU mengucapkan ribuan terima kasih.
Berbaju T-biru En. Man dari Seremban.

Kunjungan istimewa daripada KulatKelate, En. Amin dan anak(yang mengambil gambar). En. Amin bersetuju menempah mesin bagging bagi kegunaan diperusahaan beliau di Kelantan. CSU mengucapkan ribuan terima kasih.

Kepada En. Zul dan Abg. Amin, tempahan dikilang telah saya buat, menurut Toukey nya mesin ini akan lebih compact/padat/cantik tanpa mengurangkan saiz kapasiti habuk yang boleh diisikan dan pembungkusan media lebih cepat. Saya akan memastikan dahulu segala-galanya betul-betul memuaskan dan baik. Tempahan ini siap pada awal minggu ke3 November.

Thursday, November 06, 2008

Keputusan - POLYPACK

Assamualaikum rakan-rakan seperjuangan, terima kasih kerana sokongan dan kesepakatan kita. Sehingga hari ini berhubung dengan pakatan ramai untuk membeli alat kedap udara Polypack daripada negara Indonesia telah sampai keperhujungnya.


Sehingga kini sebanyak 17 unit telah ditempah seperti berikut :

Shah MyWish(1), Cendawan Timur(2), Kulat Enterprise(1), Amree915(2) Eddy PSC(2) KulatKelate(1), Permai Desa(1), Bangi Mushroom(1), Khadijah Matahari(1), Imah ZaifaAgro(1), Haris IT2Tani(1), Impian Mushroom(1) dan CSU(2).
Tolong betulkan kalau tersilap bilangan yang diorder.

Semalam saya mendapat persetujuaan/conformation dari pembekal Toko Jaya Abadi untuk membekal 17 unit Polypack kepada kita. Pihak Toko Jaya Abadi memberitahu bahawa penghantaran melalui laut/kapal tidak dapat dilaksanakan kerana agak sulit bagi pihaknya menghantar melalui laut. Hanya penghantaran udara DHL yang boleh dilakukan. Bayaran yang dikenakan USD150.00 untuk setiap 10kg. @ USD15/kilo

Oleh yang demikian kalau kita bersetuju cara ini, bayaran yang dikenakan untuk penghantaran menjadi:-

1 unit Polypack = 1.5 kg, untuk 15 unit -22.5 kg

Termasuk packing katakan~ 24 kg x USD15 = USD360.00 = RM1,260.00

Oleh itu harga satu Polypack telah menjadi = RM110.00 + RM84.00 = RM194.00 seunit.

Harga ini belum cukai (jika ada) 35% harga barang.

Oleh itu saya bercadang/berkeputusan akan sendiri ke Jakarta untuk mendapatkan barangan ini dan saya dapati tambang saya pergi balik masih lebih murah (~RM450.00 pergi balik tak termasuk tambang berat barangan) berbanding dengan harga kos DHL. Sambil-sambil itu dapat saya berjalan-jalan melihat-lihat barangan lain berhubung dengan perusahaan cendawan seperti autoclave untuk buat benih ke dan lain-lain barangan dan berkemungkinan jauh lebih murah disana. Saya harap rakan-rakan bersetuju dan menyokong perkara ini. Saya rasa/berharap harga Polypack keseluruhan untuk rakan-rakan masih ~ RM200/unit.

Saya akan kesana pada 25/11/2008 dan balik pada 27/11/2008.

Saturday, November 01, 2008

POLYPACK - Order Conformation


A'kum, Kepada rakan-rakan seperjuangan, saya dan Puan Florence (Mayang Agrotech) akan membeli mesin kedap udara POLYPACK buatan UK daripada Indonesia melalui kenalan Puan Florence.

Harga di Indonesia ~ 300,000 rupiah bersamaan ~RM 110.00. Harga ini tak termasuk kos penghantaran dan cukai kalau ada (~35%). Dianggarkan harga keseluruhan untuk satu ~ RM 200.00 sahaja. Harga ini jauh lebih murah daripada harga dipasaran Malaysia yang rata-rata berharga lebih RM500.00 satu dan buatan China.

Rakan-rakan yang berminat untuk memiliki Polypack ini sila nyatakan diruang ShoutMix saya dan wang conformation RM100.00 didebit keakaun isteri saya CIMB : Wan Rohila binti Wan Hassan : 0403-0000032-10-1. Bayaran baki setelah harga sebenarnya diperolehi dan juga harga pos ke rakan-rakan.

Maaf disebabkan barangan ini datang drp Indonesia tiada jaminan dapat diberi.

Terima Kasih. Wassalam.




PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,