Laman Web Syedila

Friday, June 20, 2008

Terkejut Berok

Pagi ni aku betul-betul terkejut, dahlah terlena didepan TV diatas sofa diruang tamu (sebenarnya aku memang suka sangat tidur dikerusi/sofa didepan TV ni). Dengan tak sembahyang Ishaknya lagi. Ceritanya macam ni. Tak silap aku, aku terlena lebih kurang pukul 11 malam (Tak plan). Mula-mula dari pukul 8.30 mlm dengan semangatnya menyambung kerja-kerja menyuntik benih yang masih banyak lebih kurang 1000 bongkah lagi yang dah sejuk, baru siap tak sampai 200, rasa-rasa nak rehat sikit sambil pergi merokok (Dunhill Light). Sebelum itu pada pukul 7.00 mlm aku kukuskan bongkah-bongkah yang telah siap didalam kukusan dan jangkaan akan dikukus selama 7 jam dan akan dipadam pukul 2.00 pagi. Kukusan aku ni sebenarnya ada dia punya cut off suhu. Malangnya aku terlupa set pada suhu 80 deg. C. Bacaan setnya pada 90 deg C. Jadi sedar tak sedar aku terjaga tidur pukul 5.30 pagi dah dekat nak subuh. Apa lagi terkejut beruk betul sebab teringat tak sembahyang Ishak lagi dan juga apa dah jadi dengan kukusan aku sebab sudah terlalu lama dikukus, mungkin air kukusan dah kering ke kerana terlalu lama dikukus atau element dah rosak kerana dah terdedah tanpa air, atau dah apa dah jadi pun aku tak tahu. Apa bila otak dah separuh sedar setelah jaga dari tidur, aku terus bergegas ke kukusan diluar rumah. Apa bila dibuka saja pintu dapur , alarm sekuriti rumah aku terus berbunyi dengan kuatnya macam bunyi ambulan, apa lagi dengan terkejutnya aku terus berlari ke panel alarm untuk di off alarm yang berbunyi. Dengan mata masih lagi rabun ayam sebab baru bangun tidur, tekan no penal pun tersilap, tekan punya tekan last-last ok. Lepas tu aku terus kekukusan aku diluar rumah, suhu menunjukkan 81 deg C, terus aku off. Kalau dikira masa kukusan ini dah jejak 10 jam setengah. Woow lama tu. Tentu air dalam tangki kukusan dah kering atau heating element kukusan dah terdedah. Kalau heating element tu terdedah boleh rosak loo. Aku sebenarnya mengisi air separuh saja dalam tangki kukusan supaya ia cepat mendidih. Kalau ikut jangkaan dan kiraan aku air itu cukup untuk maksima kukus selama 8 atau 9 jam saja (bukan apa nak jimat letrik sikit). Semasa cacatan ini ditulis setelah sembahyang subuh (Ishak dah sembahyang, sempat kot sebab tak dengar bang suboh lagi) aku belum lagi membuka pintu kukusan untuk dilihat betulkah air dalam kukusan tu dah kering ? Bongkah-bongkah cendawan aku dalam kukusan apa jadi sebab kukus terlaku lama. Kukusan-kukusan sebelum ini pada suhu maksima 78 deg C dan 7 jam lama pun plastik bongkah dah sedikit cair dan berkedut bagi bawah bongkah yang bersentuhan dengan besi raga. Jadi sekarang dah pukul 7.06 pagi aku nak pergi tengok apa jadi...heating element ok ?, bongkah-bongkah still ok ? berdoa kehadrat Illahi. Amin. Wassalam



p.s. Maaf sebab susunan ayat tak cantik, dulu SPM(1981), Bahasa Melayu dapat lulus 8, tak kredit pun. Nasib baik boleh sambong belajar, kalau tak dah lama jadi saudaga cendawan. he..he.


Gambar ini tiada kaitan dengan kejadian semalam, samada yang hidup mahu pun yang dah mati. Kalau ada kaitan adalah secara kebetulan saja, tak plan. Kalau tak juga puas hati, saman saja.

No comments:

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,