Salam & selamat sejahtera, hari ini setelah siap autoclave ini (hanya belum dicat dan penggunaan auto valve) satu ujian piawaian autoclave telah dijalankan. Allahamdullilah setelah dijalankan proses ujian pembakaran selama ~ 30 minit, keputusan tekanan dan suhu dalam autoclave ini adalah 24 p.s.i dan 121 deg C tanpa ada apa-apa pelepasan stim disekelingnya. Kemudian api gas dikecilkan dan dibiarkan pada keadaan ini selama ~ 30 minit lagi. Secara amnya ujian ini boleh disifatkan berjaya bagi kegunaan dalam proses membuat benih cendawan. InsyaAllah dengan adanya autoclave ini dan juga Laminar Flow dan bilik kultur tisu, pihak CSU ingin mencuba dalam proses pembenihan cendawan. (lupa pula ... belum gi kursus benih lagi... dimana ya ? ni kena hubungi Puan Zainon GPR)
9 comments:
Bagus pak syed, teruskan usaha.
Autoclave ni ada safety valve ke ?
Terima kasih Amree, memang ada safety/auto valve tapi masa ujian ini safety valve itu tak dapat dipasang lagi kerana tak dapat cari/beli yang baik. Bila dah dapat nanti akan dipasang dan disetkan pada ~ 15 psi @ 121 deg C.
Salam pak syed....
seronok tgk autoclave buatan tempatan dh dihasilkan.
Cuma nak tau berapa harga. Harap2 jgn mahal cam harge importnye. Yg kecil pun cecah RM3k.
Walaikumussalam En. Md. Azahari, terima kasih kerana kunjungan ke blog saya. Berkenaan autoclave itu dengan saiz ini saya jual dengan harganya RM4,500.00 (ketebalan 9mm). Jika ketebalan nya 12mm harganya RM6,500.00. Saya rasa harga ini adalah sangat patut sebab saiznya yang besar berkapasiti 155 liter atau 40 gal. Harap kita dapat berhubung lagi. Wassalam.
Nice post...
Dah siap ke belum autoclave tu...
Nak tengok gambar yang dah siap.
Rasa teringin juga nak dapat satu unit
ok dah siap dengan sempurna dan telah digunakan seperti mana di post. Wassalam. Terima kasih.
Mana encik order autoclave? Kami dari Universiti Sains Malaysia pun nak order autoclave?
Boleh.... Call saya. TQ
Post a Comment