Salam dan selamat sejahtera, oleh kerana ingin mengalami dan mencuba sendiri untuk membuat benih cendawan, CSU, meneruskan cita-cita ini dengan membuat sebuah autoclave sendiri dan akan digunakan didalam proses membuat benih. Spesifikasi autoclave ini, badan autoclave diperbuat daripada iron plate 9mm tebal dengan getah penebat tahan panas berlongkang dikeliling penutup dengan plate bawahnya dan diketatkan dengan 8 nut bersaiz 25mm dia. disekelilingnya. Ia akan dilengkapi dengan pressure meter 30 psi, themometer 150 deg C, auto release valve dan manual valve. Bahagian dalamnya akan disediakan satu bekas untuk diisi dengan benih untuk di steam. Penutup akan diangkat menggunakan spring dan dianjak ke tepi bagi memudahkan proses pengeluran dan memasukan benih (belum disiapkan). Saiznya adalah diameter 20 " x 30 " tinggi (isipadu = 155 liter @ ~40 gal) . InsyaAllah dalam post akan datang akan disiarkan gambar autoclave yang ready untuk digunakan.
4 comments:
Assalamualaikum wr. wb.
Tolong email kepada saya berapa harga autoclave tersebut?
awangaris@yahoo.com
Walaikumussalam En. Aris, saya sudah e-mail maklumat yang diperlukan oleh En. Aris. Insyaallah kita berhubung kembali lagi. wassalam
berapakah harga autoclave tersebut cek syed
Post a Comment