Salam dan selamat sejahtera, semenjak 2 minggu lepas CSU telah diberi kepercayaan oleh sebuah syarikat IKS Bumiputra di Batu Gajah Perak untuk menyediakan satu mesin kukusan/masakan untuk memproses minuman kordial buah-buahan. Mesin ini dilengkapi dengan motor 1 hp untuk tujuan mengaul dan mengadun semasa proses membuat kordial. Antara ciri-ciri bekas adunan ini ia terdiri daripada 2 lapisan dinding/bekas stainless steel berketebalan 2mm dan 1.5mm. Bekas berketebalan 2mm dibahagian luar bertujuaan untuk pemanasan air didalamnya menjadi stim dan bertekanan untuk memasak adunan kordial didalam bekas berketebalan 1.5mm. Berkapasiti 80 liter. Tujuan menggunakan pemanasan stim ini supaya proses memasak kodial akan mengekalkan rasa asli dan zat yang terkandung dalam buahan dan juga supaya kordial yang diproses ini tidak akan hangus atau terbakar. Mesin ini dilengkapi dengan anolog thermometer & release valve bertujuan menentukan proses pemasakan kordial ini mengikut ciri-ciri "pasteurisation" dalam membuat kodial. Terima kasih diucapkan kepada pengusahanya En . Din dan isteri dan didoakan semuga perusahaan kordial dan soya beliau terus maju dan mencapai kejayaan, InsyaAllah.
4 comments:
boss, check this out..
http://jamursekolahdolan.blogspot.com/2009/08/alat-spinner-untuk-pembuatan-kripik.html
Terima kasih Faisol
berapa harga utk mesin pembacuh kordial tu..
Brp rm mesin tu
Post a Comment