Laman Web Syedila

Thursday, June 18, 2009

SALAM PERJUANGAN BUAT SEMUA TEMAN

Salam Sejahtera buat sahabat-sahabat seperjuangan dalam perusahaan cendawan dan tidak ketinggalan kepada pengunjung-pengunjung baru atau lama ke blog CSU, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua termasuk sahabat-sahabat, pengunjung-pengunjung dan juga pelanggan-pelanggan CSU yang selama ini banyak membantu dan menyokong CSU dalam mengharungi industri cendawan ini.

Agak lama CSU tidak mencoret apa-apa berita atau perkembangan CSU sendiri dalam laman ini bukan kerana apa-apa tetapi dek hambatan waktu yang amat pantas justru tiada kesempatan dan luangan masa. InsyaAllah, mulai sekarang CSU akan cuba update sedikit sebanyak perkembangan CSU dari masa kesemasa.

Sebenarnya apa yang berlaku adalah CSU melalui satu lagi perkembangan cabang perniagaan yang agak mencabar yang memerlukan perhatian, ketekunan dan modal yang bukan sedikit sebagaimana juga perhatian dan ketekunan kita lalui didalam perusahaan tanaman cendawan.

Pada tanggal 15 March 2009, CSU melangkah kedalam satu lagi bidang perniagaan iaitu perusahaan membuat mesin-mesin pertanian. Kalau terdahulu pihak CSU akan merekacipta mesin dan kemudian mengupah suatu kilang untuk membuatnya bagi pihak CSU dan menjual kepada pengusaha-pengusaha yang berminat dan memerlukan mesin tersebut, tapi sekarang allahamdulilah CSU telah berjaya membuka sebuah kilang sendiri dengan pekerja sendiri untuk merekacipta, membuat, menyelenggara dan menjual mesin-mesin yang ditempah oleh pengusaha-pengusaha persendirian mahupun Jabatan Kerajaan seperti Jabatan Pertanian Negeri, RISDA dan Pertubuhan-Pertubuhan Peladang Kawasan PPK seluruh Malaysia.

Walaupun baru 3 bulan beroperasi, allahamdullilah atas sokongan dan kepercayaan pihak-pihak tersebut, CSU telah berjaya menghasil dan menyerahkan mesin-mesin tersebut untuk kegunaan dalam perusahaan cendawan khasnya dan juga perusahaan pertanian lain amnya.

Diantara pelanggan-pelanggan CSU adalah

-En. Saifulam Agro Farm Johor, - MIXER (penghantaran April)
-En. Jefri di Segambut KL, - MIXER (penghantaran April)
-En. Basirun di Pontian Johor, - 2 IN 1 (penghantaran May)
-En. Nazri di Melaka (Jabatan Pertanian Melaka Tengah), - 2 IN 1(penghantaran May)
-En. Abd. Rahim (Pertubuhan Peladang Kawasan Balik Pulau),- 2 IN 1 (Penghantaran May)
-Tuan Haji Marzuki di Pulau Pinang (Pertubuhan Peladang Kawasan Balik Pulau),- 2 IN 1 (penghantaran May)
-Dr. Syed Osman di Sungai Siput Perak (Jabatan Pertanian Kuala Kangsar/Sg. Siput), - 2 IN 1 (penghantaran Jun)
-En Eddy di Pusat Cendawan Segambut KL,- BAGGING (penghantaran May)
-En. Azlan di Pasir Mas (Kampung saya),- BAGGING (penghantaran May)
-Tuan Hj. Rahim di Melaka, - STEAMER (penghantaran Jun)
-En. Sarizan di DeNor Mushroom Bt. Pahat Johor,- STEAMER (penghantaran May)
-En. Mahadi Tampin N9,- STEAMER (penghantaran Jun)
-Puan Hazaliza di Maran Pahang (RISDA)- STEAMER (penghantaran Jun)
-En. Ismail di Paya Rumput Melaka, -STEAMER & BAGGING (Penghantaran Jan)
-Puan Aini di Nilai N9,- 2 IN 1 (penghantaran March)
-En. Hasmi di KulatKelate,- 2 IN 1 (penghantaran March)
-En. Zul di Bt. Pahat Johor,- BAGGING (penghantaran Jan)
-En. Sulaiman di Melaka,-BAGGING (penghantaran Dec 2008)
-Kolonel (B) Zubir Bin Yahya di Bemban N9, -BAGGING (penghantaran Feb)
-En. Bakhtiar di KL, - BAGGING (penghantaran Dec 2008)
-En. Fauzi di Kuala Lipis Pahang. - BAGGING (penghantaran Dec 2008)

CSU berharap semua pelanggan berpuas hati dengan mesin-mesin yang digunakan dan saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana mempercayai dan mencuba mesin-mesin keluaran CSU dan jutaan terima kasih juga diatas segala teguran dan cadangan yang diberi untuk menambahbaikan lagi mesin-mesin ini. CSU akan sentiasa memperkemaskan dan meningkatkan lagi mutu dan kualiti mesin-mesin dimasa-masa akan datang. Siapa lagi yang terbaik untuk menegur kalau bukan pelanggan sendiri. Apa yang kurang sila beritahu kami dan apa yang bagus tolong sebarkan kepada rakan-rakan yang lain !! Jumpa lagi . Salam perjuangan. Terima Kasih. Wassalam.






KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT DENGAN MESIN-MESIN CSU...SILALAH HUBUNGI....
SEGALANYA ADA DI SINI - HARGA YANG BERPATUTAN UNTUK MESIN YANG BERKUALITI.

SUASANA DI KILANG CSU

No comments:

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,