Laman Web Syedila

Wednesday, June 24, 2009

Penyakit HAMA

Salam, penyakit HAMA atau serangan HAMA kini masih menghantui CSU dan juga kebanyakan pengusaha-pengusaha cendawan di Malaysia. Bagi saya seranggan HAMA ini dapat diketagori amat merbahaya. Kebiasaannya ia menyerang setelah hampir 1 bulan proses pemeraman bag didalam rumah cendawan. Serangan ini akan menyebabkan pertumbuhan misillium akan terbantut atau terus hilang atau mati. Serangannya amat pantas sehinggakan dalam tempoh seminggu ia boleh merosakkan sehingga beribu-ribu bongkah. Ciri-ciri serangan dapat kita perhatikan dimana misillium putih akan menjadi jernih sehingga akhirnya terus ghaib menjadi warnanya kembali kepada warna habuk kayu. Benih gandum dipermukaannya bag yang disuntik menjadi kering dan kelihatan macam telah dimakan oleh sesuatu. Pada permukaan diluar caltivation cap akan kelihatan berdebu.

Apa punyanya, bagaimana dan dari mana datang HAMA ini ? Bagaimana untuk menghindar atau mencegahnya ?

HAMA atau mite ini adalah sejenis serangga micro berkali lapan (rujuk post saya terdahulu) dan ia ada berjenis-jenis spesis. Jenis yang menyerang CSU tak dapat saya jelaskan tapi rupa parasnya seperti didalam gambaran video yang dipost oleh saya terdahulu. Sebenarnya HAMA ini ada dimana-mana, dipersekitaran rumah, didalam rumah di permaidani, disofa dll dan juga dibadan binatang seperti kucing, tikus, tupai. Saya pernah melihat melalui mikroscope HAMA ini daripada habuk yang dikutip daripada permaidani. Oleh kerana serangga ini adalah serangga mikro oleh itu ia tidak dapat dilihat oleh mata kasar hanya melalui microscope berkuasa tinggi lebihkurang 400 x pembesaran. Ciri lain untuk mempastikan kehadiran HAMA dimana ia akan menyebabkan permukaan kulit manusia berasa gatal terutama pada permukaan kulit muka.

Melalui pengalaman saya terkini setelah diserang HAMA kali kedua, banyak faktor penyebabnya. Persekitarannya yang kurang bersih atau persekitaranya yang tidak sesuai seperti dikawasan perumahan yang banyak binatang peliharaan. Pengudaraan yang kurang dan kelembaban yang rendah.

Bagaimana dengan benih yang digunakan ? Saya percaya benih juga memain peranan. Walaupun dikatakan benih setelah diproses di kukus sehingga lebih 120 degC akan mematikan HAMA dan telurnya sekali tapi kalau benih yang kurang baik samada dari klon yang tinggi F atau penggunaan biji gandum membuat benih yang dah terlalu lama boleh membiakkan kembali HAMA ini. Setelah dibuat pemerhatian dari pembekal benih, saya dapati setengah-setengah benih pembekal ini senang diserang HAMA. Samada benih ini membawa hama tak dapat saya pastikan. Samada HAMA ini menyerang benih tersebut semasa pemeraman juga tak dapat saya pastikan.

Kajian CSU. Bongkah yang diserang hama akan dikeluarkan benih lama dan dikukus kembali sehingga lebih 100 degC dan kemudian dilihat melalui microscope didapati HAMA mati. Dan kemudian disuntik dengan benih yang baru.

Keputusan awal : setelah disuntik dengan benih baru (3 hari) kelihatan misillium dapat bergerak. Kalau diperhatikan gambar bongkah ini didapati bahagian serangan hama terdahulu dapat dibezakan dengan bahagian yang belum diserang dengan HAMA. Juga dapat diperhatikan sedikit pergerakan misilium dibahagian atasnya.

Bersambung kemudian. InsyaAllah.


No comments:

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,