Laman Web Syedila

Showing posts with label Penghantaran Mesin Bagging. Show all posts
Showing posts with label Penghantaran Mesin Bagging. Show all posts

Monday, February 09, 2009

Penghantaran Mesin Bagging

Pada Sabtu lepas iaitu pada 7.2.2009 pihak CSU selamat menghantar satu lagi mesin bagging ke AZ Farm di Kg. Bemban, Seremban, N9. Mesin in ditempah oleh pengusaha Kolonel (B) Zubir Bin Yahya yang mana beliau juga selain cendawan mengusahakan ternakan kambing dan juga "Homestay". Kawasan beliau cukup tenang dan nyaman yang mana tanah beliau dikelilingi anak sungai jernih yang cetek mengalir disempadan tanah perusahaan beliau. Homestay beliau dilengkapi dengan semua kelengkapan rumah dan mempunyai 4 bilik. Bagi sesiapa yang ingin bercuti bolehlah menghubungi beliau di tel. 0122513341. Pihak CSU ingin mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada beliau semuga beliau dan keluarga selalu diberkati Allah s.w.t.

Tuesday, December 02, 2008

Penghantaran Mesin Bagging



Minggu lepas dibuat penghantaran mesin bagging ke Nilai iaitu kepada Puan Aini yang mengusahakan secara sambilan dirumah keluarganya. Menurut beliau pembelian mesin bagging ini adalah untuk mengurangkan kos upah membuat bongkah yang mana setiap bongkah upah membuatnya sebelum ini boleh mencecah sehingga RM 0.27 sen/bongkah. Dengan adanya mesin bagging ini akan dapat mengurangkan kos membuat bongkah tersebut. CSU ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada puan sekeluarga dan didoakan semuga perusahaan puan akan terus maju dan berjaya. InsyaAllah.
Ini ada sedikit kata-kata dari Puan Aini melalui ShoutMix
aini "tq tn syed u dah selesaikan masalah besar i iaitu labour. hebat mesin u. tq tq "
Details
5:08 PM 26/11/08
#
Terima kasih sekali lagi atas pujian itu....InsyaAllah mesin ini akan boleh di upgred kemudian dengan disambung dengan mixer 200 kg diatasnya. Upgredding dalam proses design.




Semalam dibuat penghantaran mesin bagging ke Serkam Darat, Melaka kepada pengusaha lama iaitu En. Sulaiman. Menurut beliau, selama ini beliau membuat secara kecil-kecilan dan dah sampai masanya untuk ia lebih serius lagi dalam perusahaan cendawan ini oleh sebab itu ia menempah mesin bagging supaya kerja-kerja membuat bongkah akan lebih cepat dan lebih senang. CSU mengucapkan ribuan terima kasih dan didoakan semuga En. Sulaiman akan lebih berjaya. InsyaAllah.



PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,