Laman Web Syedila

Wednesday, December 23, 2009

Penghantaran & Tempahan Mesin Pelanggan



Assalamualaikum dan salam sejahtera, sepanjang bulan November dan Disember ini allahamdullilah CSU terus membuat penghantaran mesin-mesin yang ditempah oleh pelanggan-pelanggan dan diantaranya satu syarikat trading di KL yang menempah sebanyak 5 set terdiri mesin bagging, steamer dan mixer (15 unit) untuk kegunaan kegunaan 5 Sekolah Menengah Teknik di seluruh Malaysia termasuk satu set di Sabah dan satu set di Serawak. Berjuta-juta terima kasih diucapkan kepada Puan Intan dan boss beliau En. Rosli kerana percaya dan melanggan dengan produk keluaran CSU ini. Didoakan agar perniagaan beliau terus berkembang dan beroleh kejayaan cemerlang, InsyaAllah.

Pengambilan mesin yang ditempah dikilang ada juga dibuat oleh pengusaha cendawan yang tak asing lagi di Kelantan iaitu En. Faizal Ibrahim (Cendawan Timur) yang menempah mesin mixer. CSU mengucapkan jutaan terima kasih dan didoakan semuga beliau terus maju jaya hendakNya.




CSU juga mendapat tempahan dari satu lagi syarikat trading daripada KL untuk dihantar mesin-mesin ke pengusahan di Marang Terengganu (Jabatan Pertanian Marang) mesin 2 dalam 1 dan juga ke Pagoh Johor (Jabatan Pertanian Pagoh) mesin 2 in 1 dan Steamer (Komplek Pertanian Pagoh, 1 KM drp tol Pagoh) . Jutaan terima kasih kepada Puan Faridah dan En. Bohari (Pegawai Pertanian Pagoh) kerana memberi kepercayaan dengan mesin-mesin keluaran CSU. Semuga segalanya diberkati Allah s.w.t. AMIN

Monday, November 23, 2009

Mesin Set 3, Mixer, Bagging & Steamer ke SMT Teluk Intan




Salam diucapkan, Allahamdullilah Sabtu lepas 21/11/2009 CSU selamat membuat penghantaran ke Sekolah Menengah Teknik Teluk Intan, Perak. Sebagaimana dengan SMT Dato Lela Maharaja Rembau Negeri Sembilan, mesin-mesin ini akan digunakan untuk pelajar-pelajar mempelajari keadah dalam membuat bag-bag cendawan bagi perusahaan pertanian cendawan. Menurut Puan Nazatul Akmal, pembelajaran keadah penanaman cendawan adalah salah satu bidang pertanian selain pelajar-pelajar juga diajar kepada pertanian-pertanian yang lain. Pihak CSU mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga Guru dan Kerja SMT Teluk Intan kerana sudi meluangkan masa pada hari tersebut untuk menerima kedatangan kami dan juga membantu kami walaupun hari tersebut adalah hari Sabtu adalah hari cuti persekolahan. Pihak CSU berharap agar pihak sekolah akan berpuas hati dengan mesin-mesin yang dibekalkan dan sekali lagi diucapkan jutaan terima kasih. Wassalam.

Thursday, November 12, 2009

Set 3, mixer, bagging & steamer ke SMT Rembau




Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini CSU selamat membuat satu penghantaran ke SMT Dato Lela Maharaja Rembau Negeri Sembilan. Mesin-mesin ini akan digunakan untuk melatih pelajar-pelajar dalam bidang pertanian iaitu pengkususan tanaman cendawan. Mengikut En. Md. Nasir Md Dewa, Guru Kanan Vokasional, setiap semester seramai lebih kurang 30 pelajar akan mengikuti program penanaman cendawan. Sebelum ini pelajar-pelajar hanya akan diajar membuat bag secara manual dan hanya didedahkan penggunaan masin apabila membuat lawatan ke pengusaha-pengusaha cendawan disekitar N9 dan Selangor. Dengan adanya mesin-mesin ini pelajar pada semester depan akan terus didedahkan dengan penggunaan mesin selain daripada melatih mereka juga secara manual. Pelajar-pelajar ini akan dinilai pencapaian mereka melalui kekemasan bag yang dibuat, penjagaan dan jumlah dan grade hasil cendawan yang diperolehi.
Pihak CSU mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Nasir dan pihak sekolah dan berharap pihak sekolah akan berpuas hati dengan mesin-mesin yang dibekalkan ini. Wassalam.

Tuesday, November 10, 2009

Mesin 2 in 1 dan steamer ke Semenyih, Selangor

Salam, semalam 9/11/2009 CSU selamat membuat lagi satu penghantaran mesin 2 dalam 1 dan steamer untuk kegunaan perusahaan cendawan Gano oleh DF Pharmacy yang beralamat di Kajang Selangor. Ladang mereka yang berkeluasan berberapa hekta terletak berhampiran pekan Semenyih. Menurut Mr. Jeff, owner pharmacy dan ladang ini, sekarang mereka dalam proses menyiapkan semua keperluan termasuk rumah cendawan, bilik suntik, mesin-mesin dan alat-alat yang diperlukan untuk menjalankan perusahaan cendawan ini. Buat permulaan, penyediaan keperluan adalah untuk memproses bag sebanyak 60,000 dan akan ditambah berperingkat-peringkat. CSU ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mr. Jeff, isteri, dan ayahnya dan diucapkan semuga perusahaan beliau ini akan maju dan terus maju dan mencapai kejayaan yang cemerlang.



Friday, November 06, 2009

Mesin Ke Semenyeh : Kooperasi Cuepacs




Salam dan selamat sejahtera, allahamdullillah CSU selamat membuat penghantaran mesin 2 dalam 1 dan steamer ke Kajang, Selangor pada 26/10/2009 untuk kegunaan Koperasi Cuepacs Berhad. CSU mengucapkan jutaan terima kasih kepada Chaiman nya En. A. H. Ponniah dan pegawai-pegawainya. Mengikut En. Ponniah, Koperasi Cuepacs telah menjalankan perusahaan ini selama lebih 2 tahun dimana pada masa itu segala proses dilakukan secara manual dan sekarang mereka akan menggunakan mesin untuk mempercepatkan lagi proses pembuatan bag cendawan ini. Didoakan semuga perusahaan Koperasi Cuepacs ini terus maju dan berjaya.




Pada 1/11/2009, En. Fauzi dari Kuala Lipis Pahang ke kilang CSU di Duyong untuk mengambil sendiri mesin mixer yang ditempahnya untuk kegunaan perusahaan cendawannya. Sebenarnya En. Fauzi ini adalah pelanggan CSU dulu yang telah pun membeli mesin bagging pada akhir tahun lepas dan sekarang menambah kemudahan mesin mixer kerana menurut beliau proses mengaul ini amat perlu kerana penghasilan bag nya meningkat sehingga 1000 bag sehari. Terima kasih dan didoakan semuga perusahaan beliau bertambah maju dan berjaya. AMIN

Sunday, October 11, 2009

Mixer dan 2 in 1 ke Terengganu

Salam dan selamat sejahtera, Allahamdullilah pada Sabtu lepas CSU selamat membuat penghantaran satu mesin mixer ke Kuala Terengganu dan satu mesin 2 in 1 ke Kuala Berang Terengganu. Mesin 2 in 1 adalah ditempah oleh En. Zaid yang telah mengusahakan projek cendawan ini selama 2 tahun. Beliau yang dibantu oleh isteri beliau dan bapa saudara bercadang akan mengembangkan perusahaan ini dengan mempunyai sekurang-kurang 60,000 bag pada satu-satu masa. CSU mengucapkan jutaan terima kasih diatas kepercayaan beliau dengan mesin ini dan didoakan beliau sekeluarga akan memperolehi kejayaan dalam perusahaan cendawan beliau ini, InsyaAllah. AMIN





Ada bersama pada hari penghantaran En. Lutfi (paling kanan) dan En. Zamri (disebelah En. Lutfi). Mereka merupakan kawan rapat semasa belajar dahulu di UTM dalam bidang kejuruteraan. Sekarang mereka berdua menjalankan perusahaan cendawan dan baja cacing sepenuh masa. Didoakan mereka akan memperolehi kejayaan cemerlang.

Thursday, October 08, 2009

Upgrading Kilang CSU






Allahamdullillah, kilang CSU mendapat family terbaharu iaitu satu mesin Lathe dan satu mesin Milling. Dengan adanya mesin ini kerja-kerja membuat batang shaft, keyway, boring spoket gear dan yang lain-lain menjadi lebih senang dan cepat sikit, tak perlu menghantar untuk membuatnya ditempat lain. Mesin-mesin ini dibeli di Puchong Selangor dengan seorang pengusaha bumiputra. InsyaAllah kalau ada rezeki lagi dari Allah s.w.t nak juga beli mesin press brake dan mesin potong/shearing plate dan beberapa mesin lain yang perlu untuk meningkatkan keupayaan kilang mengeluarkan produk berasaskan machinery. Jutaan terima kasih ingin diucapkan diatas sokongan dan pertolongan pelanggan-pelanggan CSU selama ini dan InsyaAllah CSU akan meningkatkan lagi kualiti mesin-meisn keluaran CSU. Wassalam

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,