Laman Web Syedila

Friday, May 28, 2010

Penghantaran & Tempahan Mesin Pelanggan

Salam dan selamat sejahtera, dalam minggu-minggu yang lepas pihak CSU (Syedila Enterprise) ada membuat beberapa penghantaran mesin-mesin kepada pengusaha-pengusaha cendawan. Diantaranya membuat satu penghantaran mesin bagging ke Ipoh Perak melalui keratapi KTM kepada Puan Iela melalui En. Malik yang mana kos pengangkutannya atau tambangnya agar murah hanya dikenakan sebanyak RM56.00 sahaja untuk mesin bagging itu yang berat timbangan 70kg. Ribuan terima kasih kepada Puan Iela dan En. Malik dan semuga terus maju jaya hendakNya.

Penghantaran seterusnya melibatkan 3 unit pengukus/steamer berserta bakul bersaiz kecil muatan 360 bag ke Tanjung Karang, Selangor yang ditempah oleh PKK Tanjung Karang untuk kegunaan 3 pengusaha cendawan disekitar Tanjung Karang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada En. Faizal dan En. Kamal. Diharap kita sama-sama dapat berkerjasama lagi dimasa-masa hadapan. Terima kasih juga diucapkan kepada En. Supaat.





Seterusnya mesin bagging yang ditempah oleh Puan (maaf terlupa nama) dari Kota Tinggi diserahkan hari ini yang mana mesin ini diambil sendiri setelah tempahan yang dibuat dalam masa yang agak suntuk. Terima kasih puan, insyaAllah kita berhubung lagi.

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,