Laman Web Syedila

Sunday, January 31, 2010

Mesin 2 in 1 ke Kuantan, Mesin Bagging ke Kertah Terengganu




Salam dan selamat sejahtera, pada Sabtu lepas 30/1/2010 CSU selamat membuat 2 penghantaran mesin-mesin kepada 2 pengusaha cendawan di Pantai Timur.
Satu mesin 2 in 1 mixer dan bagging ditempah oleh RNA Agro yang diusahakan sepenuh masa oleh En. Rafiz dan isteri beliau Puan Azra. Lokasi perusahaan cendawan mereka adalah di Pantai Sepat Kuantan disebuah kilang lama pemprosesan tembakau yang kini telah diubahsuai menjadi rumah cendawan dan tempat pemprosesan bongkah-bongkah cendawan. Menurut En. Rafiz, selepas melalui pengalaman sebagai pengusaha cendawan secara kecilan lebih daripada 5 tahun dengan rumah cendawan dibina bersebelahan rumah mereka, kini tiba masanya untuk mengusahakan dengan skala yang lebih besar yang mana anggaran bongkah yang dapat dimuatkan dikilang ini adalah sebanyak lebih 100,000 bongkah. Menurutnya lagi RNA Agro kini banyak mendapat tempahan bongkah-bongkah yang siap berbenih yang ditempah oleh pengusaha-pengusaha cendawan disekitar Kuantan dan juga dearah-dearah lain seluruh Pahang. Dengan adanya mesin 2 in 1 ini beliau berharap proses membuat bongkah menjadi lebih cepat dengan anggaran penghasilan sebanyak 1,500 bag sehari untuk memenuhi permintaan. Oleh itu beliau meminta mesin yang dibeli beliau ini mempunyai juga bahagian balakangnya untuk mengeluarkan habuk yang telah diproses tanpa bagging bagi membuat bag secara manual oleh pekerjanya dan juga pekerja sambilan bila waktu-waktu permintaan tinggi.
Bagi yang ingin mendapatkan bongkah-bongkah cendawan bolehlah menghubungi beliau di 019-99993677 , 019-99993676 atau isteri beliau 012-92224144. CSU mengucapkan jutaan terima kasih dan berdoa agar perusahaan RNA Agro berjaya dengan cemerlangnya, Insya'Allah.

Pada hari yang sama CSU juga membuat penghantaran mesin bagging bagi kegunaan En. Khairul dan isteri yang mengusahakan cendawan secara sambilan bersebelahan rumah mereka di Kertih Kemanan Terengganu. Menurut beliau semenjak 2 tahun lepas mengusahakan cendawan ini kini beliau ingin membesarkan lagi perusahaan ini dengan anggaran bongkah sebanyak 12,000 pada satu-satu masa. Beliau kini dalam proses menyiapkan satu lagi rumah cendawan yang dijangka siap dalam masa yang terdekat. Pemasaran beliau setakat ini adalah sekitar perumahan beliau sahaja. CSU mengucapkan jutaan terima kasih dan didoakan perusahaan beliau terus berkembang dan memperolehi kejayaan, Inysa'Allah.

Sunday, January 24, 2010

2 in 1 ke Kg. Gajah Perak dan Steamer ke Bukit Katil





Salam dan selamat sejahtera, pada 21/1/2010 yang lalu pihak CSU sekali lagi menyiapkan satu tempahan mesin 2 in 1 MINI yang mana ianya ada sedikit penambahan iaitu tangki air berpelampong dan outlet air berlubang untuk campuran dalam mixer. Penambahan ini diminta dan ditempah oleh En. Sabuddin Uthmawi seorang pengusaha cendawan dan air soya dari Kg. Gajah Perak. Kami mengucapkan jutaan terima kasih dan berdoa semuga perniagaan En. Sabuddin beroleh kejayaan yang cemerlang kelak.

Pihak CSU juga ada membuat penghantaran steamer mini ke En. A. Bakar dan En. Affendy dari Cendawan Melaka di Bukit Katil . Streamer ini adalah tambahan kepada mesin 2 in 1 yang telah mereka ada untuk kegunaan membuat cendawan. CSU mengucapkan jutaan terima kasih dan berdoa mereka akan beroleh kejayaan didalam perusahaan cendawan ini. Wassalam.

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,