Laman Web Syedila

Monday, August 31, 2009

Cerita Cendawan di CSU




Assalamualaikum dan salam sejahtera, didahului dengan ucapan Selamat Berpuasa dan diharap semua rakan-rakan dan pengunjung ke blog CSU berada dalam kesejahteraan dan diberkati Allah s.w.t. Hari ini saya saja je nak postkan gambar-gambar cendawan yang baru dipetik untuk dijual dipasar Besar Melaka. Walaupun sibuk sedikit dengan mesin-mesin yang ditempah, CSU masih aktif dalam penghasilan cendawan segar seperti biasa. Buat masa ini kebiasaan hasil cendawan di CSU adalah purata 8 kg saja sehari bagi bongkah cendawan yang boleh dituai bergilir-gilir sebanyak 8000 daripada 25,000 yang ada. Dalam minggu ini CSU dapat mengeluarkan hasil sebanyak ~ 50kg. Di Pasar Besar Melaka atau di pasar Borong Melaka harga borong cendawan rata-rata RM6 hingga RM6.50 yang dibungkus 1kg/pek. Allahamdulilah. Tapi yang seronoknya apabila membawa cendawan ini kepasar ada peraih/pemborong berebut-rebut bertanya untuk membelinya tapi cendawan yang dibawa hanya untuk pemborong yang telah pun membuat tempahan. Nampaknya cendawan masih mendapat pasaran yang tinggi lebih-lebih lagi dibulan puasa ini, apa daya penghasilan masih lagi rendah dan serangan penyakit hama masih berlaku tapi terkawal. Walaupun begitu CSU masih menyimpan cita-cita untuk mengembangkan perusahaan cendawan ini sekurang-kurangnya untuk mempunyai bilangan sehingga bongkah/bag sebanyak 100,000 pada satu-satu masa, InsyaAllah.

Saturday, August 29, 2009

Mesin MINI 2 Dalam 1 ke Alai, Melaka





Assalamualaikum dan salam sejahtera, Allahamdulillah hari ini CSU selamat membuat satu lagi penghantaran mesin 2 dalam 1 (mixer dan bagging) bersaiz MINI. Mesin ini adalah untuk kegunaan Tuan Haji Rahim (Agramulia Enterprise) yang menjalankan perusahaan cendawan di tepi rumahnya di Kampung Permatang Pasir, Alai Melaka. Tuan Haji sedang meningkatkan penghasilan bongkahnya dari 6,000 ke 12,000 dengan siapnya rumah cendawan baru bersaiz 13' x 30' lagi. Menurut Tuan Haji, perusahaan ini adalah perusahaan keluarga, jadi kakitangannya adalah sesama anak beranak, dan yang paling tak tahannya adalah semasa mengaul. Dengan ada mesin ini walaupun mixer dengan kapasiti yang kecil tapi seorang saja memadai diperlukan untuk menyediakan bongkah dan ia dapat mengurangkan banyak kerja seperti mengaul secara manual. CSU mengucapkan jutaan terima kasih dan didoakan kehadrat Illahi semuga Tuan Haji sekeluarga selamat dan beroleh kejayaan dalam perusahaan ini. InsyaAllah.





Sedikit info tentang mesin 2 in 1 bersaiz MINI ini. Ia adalah keluaran terbaharu mesin CSU yang mana ciri-ciri nya adalah bersamaan dengan mesin mixer dan bagging (2 dalan 1) yang berkapasiti ~70kg habuk kering yang dalam pasaran sekarang. Yang mini ini dimana kapasiti mixernya hanya sebanyak ~40kg habuk kering dan digabungkan dengan bagging mesin dengan menggunakan satu motor 2 HP sahaja. Apabila suis kaki (pedal) dipijak (on), mixer dan bagging bergerak bersama-sama. Habuk akan ditolak turun ke convayer bagging dan proses bagging boleh dilaksanakan seperti mesin bagging biasa. Dengan saiz bongkah yang sederhana sekali mix dapat membuat sebanyak 70 bongkah. Harga ditawarkan RM5,500.00. Terima kasih.

Thursday, August 27, 2009

Mesin Mixer CSU Ke CIMA Agro







Semalam 26/8/2009, Allahamdulillah CSU selamat membuat penghantaran mesin mixer (untuk tambahan mixer) ke CIMA Agro yang mana semua kita mengenali CIMA Agro diterajui oleh pengusaha yang disegani dan berpegalaman iaitu Puan Lina. Inilah pertama kali saya menjejak kali kesini dan melihat sendiri perusahaan cendawan di CIMA yang begitu hebat dan cukup berjaya. Kawasan membuat bongkah yang luas, rumah-rumah pemeraman dan penghasilan yang tersusun kemas dan bersih, bahagian kukusan bongkah yang besar dan pejabat pengurusan yang cantik lagi selesa. Saya percaya bukan suatu kerja yang mudah dan sekejap untuk mencapai apa yang telah dicapai di CIMA ini. Ini memerlukan kesabaran dan kecekalan yang tinggi dan pengurusan yang baik lagi cekap untuk mencapai ketahap ini. Jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada Puan Lina dan didoakan CIMA akan terus maju dan akan juga terus menjadi peneraju kepada perusahaan cendawan di Malaysia. InsyaAllah.

Wednesday, August 26, 2009

Mesin ke Selangor, Pinang dan Perak


Salam dan Selamat Sejahtera.


22/8/2009 CSU membuat satu penghantaran steamer untuk kegunaan seorang pengusaha dibawah bantuan Peladang Meru Selangor. Jutaan terima kasih dan didoakan semuga maju jaya. InsyaAllah.




Pada 19/8/2009 CSU membuat satu penghantaran mesin 2 in 1 kepada pengusaha cendawan iaitu En. Amin yang mendapat bantuan dari Jabatan Pertanian Gerik Perak. CSU mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Amin dan En. Zulrusdi (Pagawai Pertanian Gerik). Semuga En. Amin akan terus maju dan beroleh kejayaan cemerlang didalam perusahaan cendawan ini. InsyaAllah.




Tarikh 18/8/2009 pihak CSU membuat penghantaran mesin mixer kepada En. Mohd Marwan Zolkipli iaitu pengusaha cendawan di Guar Kepayang Kepala Batas SPU Penang melalui bantuan Pejabat Pertanian Putrajaya. CSU mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Marwan dan Puan Normah Ibrahim (Wisma Tani Putrajaya) . Semuga En. Marwan akan terus maju didalam perusahaan cendawan ini, InsyaAllah.

Tuesday, August 18, 2009

Mesin ke Penang dan Melaka




Allahamdulillah minggu lepas CSU membuat satu penghantaran mesin untuk kegunaan pengusaha iaitu En. Kwek di Kg. Berapit Bukit Mertajam Pulau Pinang yang membeli mesin 2 dalam 1 dan juga steamer. CSU mengucapkan jutaan terima kasih dan diharap En. Kwek akan terus maju dalam perusahaan cendawan beliau ini.

Di Melaka CSU membuat penghantaran mesin bagging untuk kegunaan En. Jailani yang mengusahakan cendawan di Semabok Dalam. Jutaan terima kasih diucapkan dan didoakan semuga En. Jailani terus maju dan berjaya dalam perusahaan ini. AMIN

Monday, August 10, 2009

SAMBUTAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN KEBANGSAAN (HPPNK) 2009

SAMBUTAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN KEBANGSAAN (HPPNK) 2009

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menganjurkan Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK)2009 seperti butiran berikut:-

Tarikh : 10 hingga 16 Ogos 2009

Tempat : Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka

Sambutan HPPNK ini akan dirasmikan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 13 Ogos 2009 (Khamis, jam 10.00 pagi).

Semua dijemput hadir.

Wednesday, August 05, 2009

Penghantaran Mesin Parit Raja, Batu Pahat & Seberang Prai Penang



Allahamdulillah, pada minggu lepas (29hb. dan 30 Julai 2009) CSU selamat membuat 2 lagi penghantaran mesin-mesin yang dikeluarkan untuk kegunaan pengusaha-pengusaha cendawan. Satu penghantaran mesin mixer ke En .Hasani di Seberang Prai Penang dan mesin 2 in 1 kepada Puan Aza di Batu Pahat Johor (Bantuan Jabatan Pertanian Parit Raja, Batu Pahat Johor-terima kasih Cik Farah). Saya tidak berkesempatan ke tempat En. Hasani kerana sesuatu urusan penting pada saat-saat akhir dan hanya dapat bersama semasa membuat penghantaran ke Parit Raja, Batu Pahat. Pihak CSU mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua pengusaha dan didoakan semuga terus maju dan beroleh kejayaan, InsyaAllah.

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,