Laman Web Syedila

Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Thursday, July 31, 2008

Pengalaman, Pembelajaran dan Perniagaan (2)

Akibat

.....sambongan



Memang betul-betul terlentang, terasa amat perit kehidupan ini untuk terus dilalui. Lori tipper dah ditamatkan kontrak jadi terpaksa mencari-cari kontrak lain untuk lori-lori tu kerana bayaran bulanan sewa beli jejak RM 9,000.00 sebulan. Oleh kerana zaman meleset kerja pun susah dan yang dapat pun yang tak betul, lagi ditipu tak dibayar upah sewa. Last-last tolak balik ke Bank. Bank lelong harga tak sampai 1/4 harga asal, jadi peminjam macam saya terpaksa bayar baki pinjaman ke bank saja-saja tanpa ada lori lagi.


Asrama terpaksa ditutup kerana kekurangan penyewa dan kos operasi tak balik kos pendapatan. Banyak barang-barang dijual lelong saja nak dapatkan balik kos dan bayar hutang yang bertimbong-timbong.


Bussiness klinik terpaksa saya serahkan kepada Dr. kerana masalah yang tak dapat saya jelaskan disini. Satu sen pun tak dapat daripada klinik ni.


Disini saya mendapat banyak pengajaran amat berguna dalam menjalankan bussiness. Dan diantaranya secara ringkas,


Bila buat bussiness kena ada ilmu dan pengalaman, kalau nak buka klinik kena sendiri jadi doktor. Buat bussiness lori kena tahu selok-belok lori tu sendiri, kalau boleh pandu juga sendiri dan mekanik sendiri baru buat bussiness lori. Kalau tak tahu dan tak dalam bidang itu jangan dicuba-cuba. Dapatkan ilmu banyak-banyak baru on bussiness.


Bila buat bussiness kena study betul-betul selok-belok bussiness yang nak dibuat, tahu A sampai Z tentang bussines itu.


Bila buat bussiness kena buat dan jaga sendiri, jangan bussiness itu dijalankan oleh orang lain dan percaya dia 100 % walaupun saudara/kawan rapat kita sendiri. Pengurus yang kita lantik kita kena selalu check apa dia buat dengan duit dan selalu bertanya berhubungkait dengan pengurusan yang dia jalankan. Kena tanya dan check hari-hari. Jangan dah terlambat dah parah baru nak check dimana silap.


Buat bussiness jangan terlalu senang keluar duit tanpa dihitung baik-baik apa keperluan duit itu.


Buat bussiness jangan terlalu banyak jenis business kerana tumpuan kita akan terbatas dan ini akan mengakibatkan pengurusan kita berceramuk. Duit sini cover sana, duit sana cover sini dan banyak lagi masalah kalau kita terlalu sangat nak buat banyak bussiness dalam satu-satu masa dan nak kaya cepat. Pastikan dulu kejayaan (biar betul-betul berjaya) dalam satu bussiness saja baru menceburi bidang bussiness lain tapi masih perlu perkara-perkara diatas tadi.


Banyak lagi perkara-perkara penting dalam bussiness ini seperti amanah, tepati masa, kesungguhan, duit orang bayar dulu baru duit lebih duit kita dan perkara-perkara yang selalu kita baca dan dengar melalui bacaan dan kata-kata pakar motivasi bussiness yang perlu kita selami dan anuti secara serius.
.....bersambung

Pengalaman, Pembelajaran dan Perniagaan (1)

Mukahdimah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hari ini saya rasa hendak menulis dan menceritakan sedikit pengalaman yang saya sendiri hadapi dan tempuhi sepanjang saya melibatkan diri didalam dunia perniagaan. Tujuan saya adalah supaya pembaca dan pengujung blog akan dapat sedikit sebanyak ilmu dan panduan untuk menilai diri sendiri dan bersedia untuk menghadapi apa-apa cabaran dan tekanan yang mungkin akan dilalui sekiranya telah memutuskan untuk menceburi bidang perniagaan samada secara sambilan atau pun secara sepenuh masa.


Perniagaan kalau dalam difinasi saya secara ringkas adalah kerja yang kita lakukan untuk mendapat keuntungan kewangan dari segi jual-beli yang kita lakukan. Kita mendapat barangan atau perkhidmatan dan menjual dengan harapan untuk mendapat keuntungan daripada barangan atau perkhidmatan yang kita lakukan tadi.


Diri saya sebenarnya telah melalui beberapa peringkat pengalaman yang berbeza-beza sepanjang hidup ini dalam mencari rezeki yang halal dimuka bumi Allah ini.


Setelah tamat pengajian 1988, saya bekerja sebagai pensyarah di Akedemi Laut Malaysia, ALAM Melaka selama 5 tahun. Kemudian berhijrah ke Kuantan Pahang juga sebagai pensyarah di IKIP Yayasan Pahang selama 5 tahun. Semasa menjadi pensyarah di IKIP timbul minat didalam diri untuk menceburi bidang perniagaan walaupun masih bergelar kakitangan kerajaan.

Apa yang difikirkan pada masa itu adalah ingin mencari lebih wang dengan harapan untuk hidup yang lebih selesa atau lebih mewah walaupun kehidupan pada masa itu dah dikira ok. Yalah gaji dah agak besar, isteri pun bekerja sebagai guru MRSM, rumah dah dibeli walaupun hutang untuk 25 tahun, kereta dah ada dan semua kelengkapan rumah dah agak selesa. Tapi diri ini ingin merasai bagaimana rasanya kalau melibatkan diri dalam perniagaan pulak.


Perniagaan pertama saya adalah berkongsi dengan kawan (Dr.) membuka sebuah klinik yang memberi perkhidmatan rawatan sakit biasa dan juga pergigian. Tak sampai 1 tahun perniagaan kongsian ini dikembangkan menjalankan perniagaan penginapan asrama (60 unit rumah teres disewa dan dipenuhi peralatan rumah dan dijadikan asrama) dan perniagaan pengakutan (4 lori tipper 10 tayar) untuk pembinaan KLIA. Semua ini saya jalankan secara sambilan. Banyak modal yang dilaburkan (semua wang pelaburan meminjam dari bank). Bank pun pada masa itu senang sangat memberi pinjam kerana wang gaji saya dan member saya Dr. yang agak besar. Tanpa memikir panjang terus pinjam dan mencecah ratusan-ratusan ribu ringgit.


Semua ini saya lakukan tanpa perancangan yang teliti lebih-lebih lagi dijalankan secara sambilan (orang kata hanya sebelah kaki saja). Perniagaan pertama saya klinik setelah beroperasi lebih kurang 1 tahun pendapatan hanya dapat membayar segala overhead saja. Asrama menghadapi banyak masalah kerana melibatkan kerenah penyewa dan penyelengaraan rumah yang tinggi. Perniagaan lori lebih parah kerana telah dimainkan oleh pengurus yang makan duit. Tanggal 1997/1998, ekonomi Malaysia jatuh merundum, jadi saya jatuh terlentang........


...........akan disambung.

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,