Laman Web Syedila

Sunday, October 11, 2009

Mixer dan 2 in 1 ke Terengganu

Salam dan selamat sejahtera, Allahamdullilah pada Sabtu lepas CSU selamat membuat penghantaran satu mesin mixer ke Kuala Terengganu dan satu mesin 2 in 1 ke Kuala Berang Terengganu. Mesin 2 in 1 adalah ditempah oleh En. Zaid yang telah mengusahakan projek cendawan ini selama 2 tahun. Beliau yang dibantu oleh isteri beliau dan bapa saudara bercadang akan mengembangkan perusahaan ini dengan mempunyai sekurang-kurang 60,000 bag pada satu-satu masa. CSU mengucapkan jutaan terima kasih diatas kepercayaan beliau dengan mesin ini dan didoakan beliau sekeluarga akan memperolehi kejayaan dalam perusahaan cendawan beliau ini, InsyaAllah. AMIN





Ada bersama pada hari penghantaran En. Lutfi (paling kanan) dan En. Zamri (disebelah En. Lutfi). Mereka merupakan kawan rapat semasa belajar dahulu di UTM dalam bidang kejuruteraan. Sekarang mereka berdua menjalankan perusahaan cendawan dan baja cacing sepenuh masa. Didoakan mereka akan memperolehi kejayaan cemerlang.

Thursday, October 08, 2009

Upgrading Kilang CSU






Allahamdullillah, kilang CSU mendapat family terbaharu iaitu satu mesin Lathe dan satu mesin Milling. Dengan adanya mesin ini kerja-kerja membuat batang shaft, keyway, boring spoket gear dan yang lain-lain menjadi lebih senang dan cepat sikit, tak perlu menghantar untuk membuatnya ditempat lain. Mesin-mesin ini dibeli di Puchong Selangor dengan seorang pengusaha bumiputra. InsyaAllah kalau ada rezeki lagi dari Allah s.w.t nak juga beli mesin press brake dan mesin potong/shearing plate dan beberapa mesin lain yang perlu untuk meningkatkan keupayaan kilang mengeluarkan produk berasaskan machinery. Jutaan terima kasih ingin diucapkan diatas sokongan dan pertolongan pelanggan-pelanggan CSU selama ini dan InsyaAllah CSU akan meningkatkan lagi kualiti mesin-meisn keluaran CSU. Wassalam

Friday, October 02, 2009

Mesin 2 in 1 (Mini) ke Tg. Karang Selangor

Salam dan Selamat Sejahtera, Allahamdullilah semalam 1 Oct. 2009 CSU selamat membuat penghantaran mesin-mesin yang ditempah ke Tanjung Karang Selangor untuk kegunaan 2 pengusaha cendawan dibawah bimbingan Pejabat Pertanian Kawasan Tg. Karang. Mesin ini diperuntukan untuk kegunaan En. Basha dan En. Supaat. Pihak CSU ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Zakaria, pegawai pertanian Kawasan Tg. Karang dan juga kepada En. Basha dan En. Supaat kerana mempercayai kami di CSU untuk membekalkan mesin-mesin untuk kemudahan perusahaan cendawan mereka. CSU mendoakan agar perusahaan mereka ini beroleh kejayaan yang cemerlang, InsyaAllah. Wassalam.



PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,