Laman Web Syedila

Sunday, April 25, 2010

Mesin Mixer ke Wakaf Che Yeh Kota Bharu



Salam dan selamat sejahtera, allahamdullillah semalam CSU selamat membuat satu lagi penghantaran mesin mixer ke Wakaf Che Yeh Kota Bharu, seorang pengusaha cendawan En. Din dan Abg. Haji (ayah En. Din) yang telah mengusahakan cendawan ini semenjak 1 tahun yang lepas. Pihak CSU mengucapkan jutaan terima kasih dan didoakan semuga perusahaan mereka terus maju dan berjaya hendakNya, InsyaAllah.

Wednesday, April 14, 2010

Mesin Proses Pemerah Soya (Spinner Soya)



Salam dan selamat sejahtera, semalam pihak CSU menyerahkan satu mesin pemprosesan air soya yang ditempah khas oleh En. Din daripada Ipoh Perak. Mesin ini diguna untuk merembes atau menyejat atau memerah pati soya daripada soya yang telah dihancur atau dikisar. Pemerahan ini dengan keadah spinner(diputar dengan kelajuan tinggi) sehingga akhirnya yang tinggal adalah hampas soya. Kapasiti mesin ini adalah 60 liter (~60 kg) dengan motor 2HP 1500 rpm. Oleh kerana kelajuaan putarannya tinggi, mesin ini terpaksa di paku (wall plug) ke lantai supaya lebih tegap apabila beroperasi. Badan mesin ini dibuat dengan besi stainless steel ketebalan 2mm. CSU mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Din kerana sekali lagi mempercayai mesin-mesin keluaran kami sebagaimana sebelum ini En. Din bergitu berpuas hati dengan mesin "pasteurisation" kodial yang telah diterima beliau sebelum ini. Didoakan bussiness beliau bertambah-tambah maju dan memperolehi kejayaan yang sangat-sangat cemerlang, InsyaAllah.

Saturday, April 10, 2010

Penghantaran Mesin

Salam dan selamat sejahtera, bershukur kehadrat Illahi CSU selamat membuat beberapa penghantaran mesin lagi kebeberapa distinasi diantaranya pengukus yang ditempah oleh RNA Agro yang diusahakan oleh En. Rafiz di Kuantan yang mana sebelum ini telah membeli mesin 2 in 1. Juga mesin 2 in 1 yang ditempah oleh En. Amirul, En. Termizi di Jengka 4 Pahang yang datang sendiri mengambil mesin tersaebut dan En Din di N9 yang membeli mesin bagging. Yang terbaharu CSU membuat penghantaran mesin 2 in 1 ke Sungai Buluh Selangor yang mana pengusahanya En. Anuar. Beliau memperolehi mesin ini melalui bantuan Koperasi Pekebun Kecil Risda Daerah Hulu Langat Bhd. Semenyih Selangor(terima kasih En. Hashim). Pihak CSU ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua dan berdoa semuga kita sama-sama diberkati dan dimurah-murahkan reseki oleh Allah s.w.t. AMIN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,