Pada 5/12/2008 CSU membuat penghantaran mesin bagging ke Kuala Lipis Pahang iaitu yang ditempah oleh En. Fauzi dan isteri. Selain mengusahakan cendawan, En. Fauzi dan isteri juga ada mengusahakan perternakan itek telor dan penanaman sayuran dan tanaman. Walaupun En. Fauzi masih lagi berkerja, dan isteri beliau berniaga dipasar, mereka begitu gigih mengusahakan sendiri pertanian terutama cendawan dan memasarkan sendiri cendawan tersebut dipasar dan sekitar bandar Kuala Lipis. Menurut mereka oleh kerana masa untuk membuat bongkah adalah masa yang paling banyak diperlukan dalam perusahaan cendawan oleh itu mesin bagging ini diharap dapat membantu mereka mempercepatkan proses membuat bag cendawan. Pihak CSU mengucapkan ribuan terima kasih dan mendoakan pasangan En. Fauzi dan isteri akan lebih lagi berjaya dan cemerlang dalam bidang perusahaan cendawan, InsyaAllah.
Pada 6/12/2008, semalam, pihak CSU membuat satu lagi penghantaran mesin bagging ke pengusaha cendawan pantai timur iaitu Kulat Kelate (Agriway Network Sdn. Bhd.) di Kg. Banggol Lepah Kelantan yang dimiliki oleh En. Hasmi Hassan. Menurut beliau walaupun hanya baru-baru ini sahaja melibatkan secara serius didalam perusahaan cendawan, tapi beliau telah membuat penyelidikan dan menimba ilmu cendawan ini semenjak tahun 2005 lagi. Dilihat dari perancangan, kemahiran dan penyediaan dalam perusahaan ini dapat disimpulkan yang beliau begitu arif dan teliti tentang penanaman cendawan. Banyak keadah dan pengalaman baru yang dapat saya perolehi semasa bersama En. Hasmi. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih diatas perkongsian pengalaman ini. Pihak CSU juga ingin mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan semuga perusahaan cendawan Kulat Kelate terus maju dan memperolehi kejayaan yang cemerlang, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment