Laman Web Syedila

Tuesday, December 23, 2008

Move Success Dan Pembelian Mesin Bagging

Hari ini pihak CSU rasa amat berbangga kerana telah dikunjungi oleh satu syarikat yang berpusat di Kota Damansara Selangor yang diketuai oleh En. Bakhtiar Mahadi selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada Move Success Sdn. Bhd. Syarikat ini telah terlibat dalam beberapa bidang perniagaan dan salah satu anak syarikatnya Move Success Sawmill Sdn. Bhd. yang terlibat dalam bidang pemprosesan kayu bergergaji dan sekarang banyak terlibat dengan pemprosesan kayu getah. Menurut En. Bakhtiar oleh kerana pemprosesan kayu getah ini menghasilkan banyak habuk kayu getah, jadi dengan kesempatan ini melalui anak syarikatnya iaitu Move Success Agro Sdn. Bhd. yang terlibat dengan pertanian dan perternakan melibatkan diri dengan tanaman cendawan. Kunjungan beliau hari ini adalah kerana ingin mencuba dan melihat sendiri mesin bagging yang dibekalkan oleh pihak CSU. Setelah mencuba dan berpuas hati beliau terus membelinya bagi kegunaan syarikat pertanian tersebut. Pihak CSU mengucapkan ribuan terima kasih dan mendoakan agar penglibatan beliau dalam bidang pertanian ini akan terus maju jaya sebagaimana kejayaan syarikat-syarikat beliau yang lain. InsyaAllah.
Laman web syarikat beliau : http://movesuccess.com.my/



En. Bakhtiar bersama rakan-rakan perniagaan beliau semasa kunjungan ke CSU.

No comments:

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,