Laman Web Syedila

Monday, August 25, 2008

Perjumpaan Sulong GCM

Alhamdullilah, semalam Ahad, 24/8/2008. kami dapat bersama-sama walaupun hanya sebahagian saja daripada pengusaha-pengusaha cendawan yang dapat menghadiri diri dalam perjumpaan kali pertama GCM ini. Walaupun begitu banyak juga perkara-perkara yang telah dapat dibincangkan dan dihalusi dalam waktu yang singkat. Saya secara peribadi ingin mengucapkan tahniah dan berbanyak terima kasih kepada peserta-peserta yang hadir walaupun masing-masing boleh dikatakan sibuk dengan tugas-tugas harian samada sebagai pengusaha cendawan atau tugas-tugas lain dan ada diantaranya yang sanggup juga bersama walaupun datang beratus-ratus km jauhnya dari tempat masing-masing. Keperihatinan saudara-saudara semua dan GSM ini InsyaAllah akan diberkati Allah S.W.T.

Disini saya ingin juga menjemput para pengusaha cendawan yang tidak berkesempatan pada hari ini untuk bersama kami agar kita bersama-sama menyokong kepada penubuhan persatuan ini dan bersama-sama memanfaatkan persatuan ini untuk kebajikan bersama.

Untuk cerita lanjut GCM sulong ini sila rujuk kepada Kulat Enterprise di link ini ; http://kulatenterprise.blogspot.com/




Para Pengusaha yang bersama-sama dalam perjumpaan sulong GCM di Kulat Enterprise.

Gambar ihsan dari Kulat Enterprise.

No comments:

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,