Laman Web Syedila

Monday, August 04, 2008

CORETAN SEIRING JALAN SEORANG ISTERI…..

A'kum, saya sebenarnya menceritakan pengalaman saya bukan untuk merasa riak atau dah rasa pandai atau dah berjaya seumpamanya, hanya memberi sedikit panduan kepada usahawan-usahawan cendawan kita yang rata-rata masih muda-muda dan bersemangat untuk menceburi bidang perniagaan. Sebenarnya kita ni mesti terus belajar dan terus belajar mencari ilmu sehingga keliang lahat sebagaimana kata Junjugan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Bidang perniagaan adalah satu bidang yang mulia disisi Allah sebagaimana bidang-bidang lain juga bagi mencari sesuap nasi untuk diri dan anak-anak isteri. Dan mukahdimah/pengenalan "Pengalaman, Pembelajaran Dan Perniagaan" yang saya catatkan sebelum akan saya sambung seterusnya sehingga kepada pengalaman menjalankan perniagaan cendawan.
Tapi sebelum itu ini ada sedikit coretan ikhlas dari isteri saya tersayang untuk tatapan isteri-isteri kepada yang bergelar Usahawan. Pesanan untuk suami pula, hargailah pengorbanan isteri. Wassalam.



CORETAN SEIRING JALAN SEORANG ISTERI…..

Bukan saja-saja tapi untuk renungan isteri-isteri diluar sana. Dalam kehidupan kembara bersama insan bergelar suami banyak perkara yang harus diselami, banyak ilmu yang mesti dipelajari semuanya memerlukan kesabaran yang bukan sedikit.

Bermula episod saya berkahwin dengan suami, kami telah tinggal berasingan kerana suami membuat Master di UM dan saya bersama anak sulung memulakan alam pekerjaan di Kuantan. Setelah suami bekerja di Akedami laut Malaysia di Melaka saya telah memohon untuk bertukar ke Melaka, kami telah mula merencana kehidupan dengan membeli sebuah kerata terpakai dan berkira-kira membeli sebuah rumah. Namun saya mula memahami bahawa suami bukan hak mutlak milik kita yang boleh diatur dan di susun. Dengan kata lain kita tidak boleh menghalang sepenuhnya apa yang ingin dicuba oleh suami dalam memantapkan lagi ekonomi rumah tangga dan mengejar apa yang di cita-cita .

Dalam kegembiraan hidup yang serba sederhana bersama-sama dua orang puteri, suami mula mencongak-congak untuk mengintai peluang yang lebih. Tanpa pengetahuan saya, suami mencuba nasib memohon pekerjaan di IKIP Kuantan dan berjaya .Suami meminta pendapat, “Boleh kah kanda bertukar ke Kuantan? ”. Kiranya di minta jawapan yang jujur, semestinya saya mahukan suami di sisi sementelah pula saya sedang mengandung anak yang ketiga. Hati berbisik menyatakan berilah peluang kepada suami membina kerjaya. Saya merestukan suami pergi dan usahlah risau, anak-anak dalam jagaan saya. Saya meneruskan kehidupan bersama anak-anak di Melaka dan suami pulang setiap hujung minggu dengan membawa khabar gembira yang peluang kenaikan pangkat cerah di sana. Kesepian yang bersarang hilang serta-merta dan galakan demi galakan tak jemu-jemu di berikan untuk suami mencapai cita-cita.

Saya melahirkan anak ketiga, syukur kami di anugerahkan puteri kembar !. Dalam kepayahan membesarkan anak kembar berseorangan, saya mula memohon untuk berpindah kerja ke Kuantan. dan alhamdulillah dapat. Suami mula menceburi berbagai bidang perniagaan dengan rakannya. Ketika suami beria-ria dan teruja dengan apa yang dilakukan. saya sebenarnya memang takut, apatah lagi dalam keadaan dunia yang entah apa-apa sekarang ni.. Namun dalam pada itu sokongan yang berterusan di berikan. Dan bila saya mendapati satu-persatu apa yang di usahakan suami berakhir dengan tidak sebagaimana yang di harapkan !Kehidupan kami mula tidak teratur, saya dapati suami terpaksa bekerja siang malam dan kadang –kala katil yang di sediakan untuk tidur tak berusik sebab suami tertidur di kerusi akibat kepenatan!. Wajah suami sentiasa tegang dan fikiran berkecamuk, Ketika itu lah peranan isteri amat-amat di perlukan, bila duit dalam poket hanya berbaki tak berapa sen, jangan sesekali di ungkit apa yang telah terjadi. Kami mencatu apa yang ada. Dengan duit gaji yang di perolehi itulah di gunakan untuk segala-gala. Terfikir ligat dalam kepala untuk pulang ke kampong demi meneruskan kehidupan !

Semangat suami mula menurun, memandang dunia seolah-olah tak mampu berbuat apa-apa. Dan pernah membisikkan “Maaf kerana kanda dah cuba yang terbaik “. Saya terus membisikkan kata-kata semangat untuk suami. Dan bila suami mendapat peluang untuk menceburi bidang kontraktor kecil-kecilan di Melaka bersama kawan, suami memohon pengertian saya untuk merestukan beliau kembali ke Melaka semula demi mengubah dan memperbaiki nasib keluarga , Dengan tenang saya meredhakan suami bekerja diMelaka . Saya membesarkan empat orang anak di Kuantan. Dua tahun berselang, saya melahirkan anak kami yang kelima,seorang putera ! Saya meneruskan kehidupan di Kuantan dan suami akan pulang setiap hujung minggu dan ada juga masa-masanya tak pulang selama 2 minggu di sebabkan kesibukan kerja. Sepuluh tahun saya membesarkan 5 anak berseorangan. Dan ada ketika-ketikanya saya menyelesaikan urusan anak-anak dan kehidupan diKuantan berseorangan dan air mata pernah tumpah kebumi tanpa pengetahuan suami.Tidak pernah sekelumit pun timbul dalam benak pemikiran untuk menyalahkan suami. Hidup kita bersama suami bukan hanya ketika senang, susahnya samalah dirasa !. Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya dan ALLAH tidak akan menguji hambanya dengan apa yang tidak tertanggung oleh nya. Ujian yang diterima menambahkan lagi syukur kita kepadaNYA.

Suami bangkit dan membilang satu persatu kegagalan lepas . Pada tahun 2007, saya memohon untuk bertukar semula ke Melaka dan alhamdulillah dapat. Dan hari ini, hidup kami bukanlah mewah dan kaya-raya namun kami bersyukur kerana satu persatu dugaan dapat kami atasi dan Insya Allah dugaan yang mendatang juga mampu kami hadapi. Percayalah duhai isteri- isteri semua, seorang isteri adalah azimat yang tak ternilai buat suami, di situlah terletak kekuatan dan kehebatan seorang suami. Pesan saya untuk isteri-isteri semua, tak kira apa jua pekerjaan halal yang suami lakukan , janganlah menghitung nilai ringgit yang di bawa pulang !! Berikanlah sebuah senyuman dan hulurkan lah segelas air tanda terima kasih atas penat lelah seharian. Moga ALLAH memberkati dan merahmati keluarga sehingga sampai waktu berpisah antara dua alam yang berbeza. Sekian. Salam persaudaraan dari saya.

1 comment:

Unknown said...

ALHAMDULILLAH....AKU BERSYUKUR UTK SETIAP YG KAU BERI YA ALLAH....

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,