Laman Web Syedila

Monday, August 25, 2008

Perjumpaan Sulong GCM

Alhamdullilah, semalam Ahad, 24/8/2008. kami dapat bersama-sama walaupun hanya sebahagian saja daripada pengusaha-pengusaha cendawan yang dapat menghadiri diri dalam perjumpaan kali pertama GCM ini. Walaupun begitu banyak juga perkara-perkara yang telah dapat dibincangkan dan dihalusi dalam waktu yang singkat. Saya secara peribadi ingin mengucapkan tahniah dan berbanyak terima kasih kepada peserta-peserta yang hadir walaupun masing-masing boleh dikatakan sibuk dengan tugas-tugas harian samada sebagai pengusaha cendawan atau tugas-tugas lain dan ada diantaranya yang sanggup juga bersama walaupun datang beratus-ratus km jauhnya dari tempat masing-masing. Keperihatinan saudara-saudara semua dan GSM ini InsyaAllah akan diberkati Allah S.W.T.

Disini saya ingin juga menjemput para pengusaha cendawan yang tidak berkesempatan pada hari ini untuk bersama kami agar kita bersama-sama menyokong kepada penubuhan persatuan ini dan bersama-sama memanfaatkan persatuan ini untuk kebajikan bersama.

Untuk cerita lanjut GCM sulong ini sila rujuk kepada Kulat Enterprise di link ini ; http://kulatenterprise.blogspot.com/




Para Pengusaha yang bersama-sama dalam perjumpaan sulong GCM di Kulat Enterprise.

Gambar ihsan dari Kulat Enterprise.

Sunday, August 24, 2008

MAHA 2008

Bersama isteri









































Melawat gerai-gerai












Bersama Puan Linda, Usahawan kambing/lembu dan cacing yang berjaya.



























Bersama En. Hassan, pegawai Pusat Nuklear Malaysia




























































Sedikit catatan dan gambaran buat kenangan keluarga semasa di MAHA 2008

Thursday, August 14, 2008

Gemicidal lamps

Sedikit maklumat berhubung dengan lampu UV-C yang dapat digunakan untuk "sterilization of air" atau steril udara atau membersih udara daripada kuman & bakterial atau boleh menghapuskan kuman & bakterial dalam udara. Jenis ini yang digunakan oleh Din CBS dalam bilik suntik. Hari ini saya juga memasangnya didalam bilik suntik. Harap-harap memberi kesan yang lebih baik semasa penyuntikan benih kelak

































http://www.sankyo-denki.co.jp/e2_01.html

Germicidal lamps effciently emit a large amount of ultraviolet rays 253.7nm (nanometers) which have excellent germicidal effect. These lamps have structures and electrical characteristics similar to those of general fluorescent lamps used for illumination but use ultraviolet ray glass which efficiently transmits ultraviolet rays at 253.7nm.A large selection is available with different sizes, shapes and ultraviolet ray output so that the most appropriate one can be selected according to the purpose.The lamps are primarily useful for sterilization of air, the surfaces of various materials and water or liquid.





Never look directly into the lamp with naked eyes while it is lit. Doing so can cause pain in the eyes and/or [permanent] damage to the eyes.

Never shine the UV rays (germicidal and UV-B rays) directly onto the skin. Doing so can cause damage to the skin.

Wednesday, August 06, 2008

Lawatan Tetamu ke Sungai Udang.

Hari ini saya menerima banyak kunjugan daripada tetamu yang datang untuk melawat dan bertukar-tukar pengalaman dalam bidang cendawan ini. Di antara tetamu adalah En. Sulaiman dan isteri, Puan Linda dan suami, En. Din bersama kawannya dan juga Puan Imah (Zaifa). Terima kasih atas kunjungan semua dan semuga bertambah meriah lagi dunia cendawan kita. Maaf jika layanan yang kurang memuaskan. Sila-silalah datang lagi. Wassalam.

Monday, August 04, 2008

CORETAN SEIRING JALAN SEORANG ISTERI…..

A'kum, saya sebenarnya menceritakan pengalaman saya bukan untuk merasa riak atau dah rasa pandai atau dah berjaya seumpamanya, hanya memberi sedikit panduan kepada usahawan-usahawan cendawan kita yang rata-rata masih muda-muda dan bersemangat untuk menceburi bidang perniagaan. Sebenarnya kita ni mesti terus belajar dan terus belajar mencari ilmu sehingga keliang lahat sebagaimana kata Junjugan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Bidang perniagaan adalah satu bidang yang mulia disisi Allah sebagaimana bidang-bidang lain juga bagi mencari sesuap nasi untuk diri dan anak-anak isteri. Dan mukahdimah/pengenalan "Pengalaman, Pembelajaran Dan Perniagaan" yang saya catatkan sebelum akan saya sambung seterusnya sehingga kepada pengalaman menjalankan perniagaan cendawan.
Tapi sebelum itu ini ada sedikit coretan ikhlas dari isteri saya tersayang untuk tatapan isteri-isteri kepada yang bergelar Usahawan. Pesanan untuk suami pula, hargailah pengorbanan isteri. Wassalam.



CORETAN SEIRING JALAN SEORANG ISTERI…..

Bukan saja-saja tapi untuk renungan isteri-isteri diluar sana. Dalam kehidupan kembara bersama insan bergelar suami banyak perkara yang harus diselami, banyak ilmu yang mesti dipelajari semuanya memerlukan kesabaran yang bukan sedikit.

Bermula episod saya berkahwin dengan suami, kami telah tinggal berasingan kerana suami membuat Master di UM dan saya bersama anak sulung memulakan alam pekerjaan di Kuantan. Setelah suami bekerja di Akedami laut Malaysia di Melaka saya telah memohon untuk bertukar ke Melaka, kami telah mula merencana kehidupan dengan membeli sebuah kerata terpakai dan berkira-kira membeli sebuah rumah. Namun saya mula memahami bahawa suami bukan hak mutlak milik kita yang boleh diatur dan di susun. Dengan kata lain kita tidak boleh menghalang sepenuhnya apa yang ingin dicuba oleh suami dalam memantapkan lagi ekonomi rumah tangga dan mengejar apa yang di cita-cita .

Dalam kegembiraan hidup yang serba sederhana bersama-sama dua orang puteri, suami mula mencongak-congak untuk mengintai peluang yang lebih. Tanpa pengetahuan saya, suami mencuba nasib memohon pekerjaan di IKIP Kuantan dan berjaya .Suami meminta pendapat, “Boleh kah kanda bertukar ke Kuantan? ”. Kiranya di minta jawapan yang jujur, semestinya saya mahukan suami di sisi sementelah pula saya sedang mengandung anak yang ketiga. Hati berbisik menyatakan berilah peluang kepada suami membina kerjaya. Saya merestukan suami pergi dan usahlah risau, anak-anak dalam jagaan saya. Saya meneruskan kehidupan bersama anak-anak di Melaka dan suami pulang setiap hujung minggu dengan membawa khabar gembira yang peluang kenaikan pangkat cerah di sana. Kesepian yang bersarang hilang serta-merta dan galakan demi galakan tak jemu-jemu di berikan untuk suami mencapai cita-cita.

Saya melahirkan anak ketiga, syukur kami di anugerahkan puteri kembar !. Dalam kepayahan membesarkan anak kembar berseorangan, saya mula memohon untuk berpindah kerja ke Kuantan. dan alhamdulillah dapat. Suami mula menceburi berbagai bidang perniagaan dengan rakannya. Ketika suami beria-ria dan teruja dengan apa yang dilakukan. saya sebenarnya memang takut, apatah lagi dalam keadaan dunia yang entah apa-apa sekarang ni.. Namun dalam pada itu sokongan yang berterusan di berikan. Dan bila saya mendapati satu-persatu apa yang di usahakan suami berakhir dengan tidak sebagaimana yang di harapkan !Kehidupan kami mula tidak teratur, saya dapati suami terpaksa bekerja siang malam dan kadang –kala katil yang di sediakan untuk tidur tak berusik sebab suami tertidur di kerusi akibat kepenatan!. Wajah suami sentiasa tegang dan fikiran berkecamuk, Ketika itu lah peranan isteri amat-amat di perlukan, bila duit dalam poket hanya berbaki tak berapa sen, jangan sesekali di ungkit apa yang telah terjadi. Kami mencatu apa yang ada. Dengan duit gaji yang di perolehi itulah di gunakan untuk segala-gala. Terfikir ligat dalam kepala untuk pulang ke kampong demi meneruskan kehidupan !

Semangat suami mula menurun, memandang dunia seolah-olah tak mampu berbuat apa-apa. Dan pernah membisikkan “Maaf kerana kanda dah cuba yang terbaik “. Saya terus membisikkan kata-kata semangat untuk suami. Dan bila suami mendapat peluang untuk menceburi bidang kontraktor kecil-kecilan di Melaka bersama kawan, suami memohon pengertian saya untuk merestukan beliau kembali ke Melaka semula demi mengubah dan memperbaiki nasib keluarga , Dengan tenang saya meredhakan suami bekerja diMelaka . Saya membesarkan empat orang anak di Kuantan. Dua tahun berselang, saya melahirkan anak kami yang kelima,seorang putera ! Saya meneruskan kehidupan di Kuantan dan suami akan pulang setiap hujung minggu dan ada juga masa-masanya tak pulang selama 2 minggu di sebabkan kesibukan kerja. Sepuluh tahun saya membesarkan 5 anak berseorangan. Dan ada ketika-ketikanya saya menyelesaikan urusan anak-anak dan kehidupan diKuantan berseorangan dan air mata pernah tumpah kebumi tanpa pengetahuan suami.Tidak pernah sekelumit pun timbul dalam benak pemikiran untuk menyalahkan suami. Hidup kita bersama suami bukan hanya ketika senang, susahnya samalah dirasa !. Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya dan ALLAH tidak akan menguji hambanya dengan apa yang tidak tertanggung oleh nya. Ujian yang diterima menambahkan lagi syukur kita kepadaNYA.

Suami bangkit dan membilang satu persatu kegagalan lepas . Pada tahun 2007, saya memohon untuk bertukar semula ke Melaka dan alhamdulillah dapat. Dan hari ini, hidup kami bukanlah mewah dan kaya-raya namun kami bersyukur kerana satu persatu dugaan dapat kami atasi dan Insya Allah dugaan yang mendatang juga mampu kami hadapi. Percayalah duhai isteri- isteri semua, seorang isteri adalah azimat yang tak ternilai buat suami, di situlah terletak kekuatan dan kehebatan seorang suami. Pesan saya untuk isteri-isteri semua, tak kira apa jua pekerjaan halal yang suami lakukan , janganlah menghitung nilai ringgit yang di bawa pulang !! Berikanlah sebuah senyuman dan hulurkan lah segelas air tanda terima kasih atas penat lelah seharian. Moga ALLAH memberkati dan merahmati keluarga sehingga sampai waktu berpisah antara dua alam yang berbeza. Sekian. Salam persaudaraan dari saya.

Friday, August 01, 2008

Suasana Terkini Sekitar Cendawan Sungai Udang






Hari ini saja-saja nak postkan gambar-gambar terkini suasana kawasan sekitar Cendawan Tiram Sungai Udang. Gambar-gambar ini diambil pada pukul 6.15 petang setelah pekerja-pekerja berhenti kerja. So mari kita berjalan-jalan dan melawat disekitar Cendawan Sungai Udang......... Jom Jalan-Jalan Cari Cendawan..........

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,