Laman Web Syedila

Thursday, July 31, 2008

Pengalaman, Pembelajaran dan Perniagaan (1)

Mukahdimah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hari ini saya rasa hendak menulis dan menceritakan sedikit pengalaman yang saya sendiri hadapi dan tempuhi sepanjang saya melibatkan diri didalam dunia perniagaan. Tujuan saya adalah supaya pembaca dan pengujung blog akan dapat sedikit sebanyak ilmu dan panduan untuk menilai diri sendiri dan bersedia untuk menghadapi apa-apa cabaran dan tekanan yang mungkin akan dilalui sekiranya telah memutuskan untuk menceburi bidang perniagaan samada secara sambilan atau pun secara sepenuh masa.


Perniagaan kalau dalam difinasi saya secara ringkas adalah kerja yang kita lakukan untuk mendapat keuntungan kewangan dari segi jual-beli yang kita lakukan. Kita mendapat barangan atau perkhidmatan dan menjual dengan harapan untuk mendapat keuntungan daripada barangan atau perkhidmatan yang kita lakukan tadi.


Diri saya sebenarnya telah melalui beberapa peringkat pengalaman yang berbeza-beza sepanjang hidup ini dalam mencari rezeki yang halal dimuka bumi Allah ini.


Setelah tamat pengajian 1988, saya bekerja sebagai pensyarah di Akedemi Laut Malaysia, ALAM Melaka selama 5 tahun. Kemudian berhijrah ke Kuantan Pahang juga sebagai pensyarah di IKIP Yayasan Pahang selama 5 tahun. Semasa menjadi pensyarah di IKIP timbul minat didalam diri untuk menceburi bidang perniagaan walaupun masih bergelar kakitangan kerajaan.

Apa yang difikirkan pada masa itu adalah ingin mencari lebih wang dengan harapan untuk hidup yang lebih selesa atau lebih mewah walaupun kehidupan pada masa itu dah dikira ok. Yalah gaji dah agak besar, isteri pun bekerja sebagai guru MRSM, rumah dah dibeli walaupun hutang untuk 25 tahun, kereta dah ada dan semua kelengkapan rumah dah agak selesa. Tapi diri ini ingin merasai bagaimana rasanya kalau melibatkan diri dalam perniagaan pulak.


Perniagaan pertama saya adalah berkongsi dengan kawan (Dr.) membuka sebuah klinik yang memberi perkhidmatan rawatan sakit biasa dan juga pergigian. Tak sampai 1 tahun perniagaan kongsian ini dikembangkan menjalankan perniagaan penginapan asrama (60 unit rumah teres disewa dan dipenuhi peralatan rumah dan dijadikan asrama) dan perniagaan pengakutan (4 lori tipper 10 tayar) untuk pembinaan KLIA. Semua ini saya jalankan secara sambilan. Banyak modal yang dilaburkan (semua wang pelaburan meminjam dari bank). Bank pun pada masa itu senang sangat memberi pinjam kerana wang gaji saya dan member saya Dr. yang agak besar. Tanpa memikir panjang terus pinjam dan mencecah ratusan-ratusan ribu ringgit.


Semua ini saya lakukan tanpa perancangan yang teliti lebih-lebih lagi dijalankan secara sambilan (orang kata hanya sebelah kaki saja). Perniagaan pertama saya klinik setelah beroperasi lebih kurang 1 tahun pendapatan hanya dapat membayar segala overhead saja. Asrama menghadapi banyak masalah kerana melibatkan kerenah penyewa dan penyelengaraan rumah yang tinggi. Perniagaan lori lebih parah kerana telah dimainkan oleh pengurus yang makan duit. Tanggal 1997/1998, ekonomi Malaysia jatuh merundum, jadi saya jatuh terlentang........


...........akan disambung.

No comments:

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,