Laman Web Syedila

Tuesday, June 08, 2010

Penghantaran Mesin Jabatan Pertanian Dearah KB Kelantan





Assalamualaikum dan salam sejahtera, Allahamdullilah hari ini CSU (Syedila Enterprise) selamat membuat satu lagi penyerahan mesin-mesin yang ditempah oleh Jabatan Pertanian Dearah Kota Bharu Kelantan dan juga kepada 2 pengusaha cendawan di Kelantan iaitu En. Nizam dan En. Nawi. Mesin yang ditempah oleh Jabatan Pertanian Kota Bharu adalah 2 steamer besar berkapasiti 1152 setiap satu beserta dengan bakul besi sebanyak 96 unit setiap satu steamer. En. Nawi menempah mesin bagging manakala En. Nizam menempah mesin mixer. Kesemua mesin-mesin ini diangkut sendiri oleh Jabatan Pertanian dearah Kota Bharu menggunakan lori Jabatan Pertanian yang dikendali oleh En. Soh dan En. Khalid. CSU ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Nasir (Pegawai Pertanian) kerana memberi kepercayaan terhadap produk-produk keluaran kami. Sama juga jutaan terima kasih juga kepada En. Nawi dan En. Nizam, dan kami mendoakan semuga perusahaan cendawan En. Nawi dan En. Nizam akan bertambah maju dan terus berjaya, Insya'Allah.

No comments:

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,