Salam dan selamat sejahtera, semalam pihak CSU menyerahkan satu mesin pemprosesan air soya yang ditempah khas oleh En. Din daripada Ipoh Perak. Mesin ini diguna untuk merembes atau menyejat atau memerah pati soya daripada soya yang telah dihancur atau dikisar. Pemerahan ini dengan keadah spinner(diputar dengan kelajuan tinggi) sehingga akhirnya yang tinggal adalah hampas soya. Kapasiti mesin ini adalah 60 liter (~60 kg) dengan motor 2HP 1500 rpm. Oleh kerana kelajuaan putarannya tinggi, mesin ini terpaksa di paku (wall plug) ke lantai supaya lebih tegap apabila beroperasi. Badan mesin ini dibuat dengan besi stainless steel ketebalan 2mm. CSU mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Din kerana sekali lagi mempercayai mesin-mesin keluaran kami sebagaimana sebelum ini En. Din bergitu berpuas hati dengan mesin "pasteurisation" kodial yang telah diterima beliau sebelum ini. Didoakan bussiness beliau bertambah-tambah maju dan memperolehi kejayaan yang sangat-sangat cemerlang, InsyaAllah.

1 comments:
Boleh buat mesin kerepek ni mcm ni http://jamursekolahdolan.blogspot.com/2009/08/alat-spinner-untuk-pembuatan-kripik.html
Post a Comment