Laman Web Syedila

Sunday, January 24, 2010

2 in 1 ke Kg. Gajah Perak dan Steamer ke Bukit Katil





Salam dan selamat sejahtera, pada 21/1/2010 yang lalu pihak CSU sekali lagi menyiapkan satu tempahan mesin 2 in 1 MINI yang mana ianya ada sedikit penambahan iaitu tangki air berpelampong dan outlet air berlubang untuk campuran dalam mixer. Penambahan ini diminta dan ditempah oleh En. Sabuddin Uthmawi seorang pengusaha cendawan dan air soya dari Kg. Gajah Perak. Kami mengucapkan jutaan terima kasih dan berdoa semuga perniagaan En. Sabuddin beroleh kejayaan yang cemerlang kelak.

Pihak CSU juga ada membuat penghantaran steamer mini ke En. A. Bakar dan En. Affendy dari Cendawan Melaka di Bukit Katil . Streamer ini adalah tambahan kepada mesin 2 in 1 yang telah mereka ada untuk kegunaan membuat cendawan. CSU mengucapkan jutaan terima kasih dan berdoa mereka akan beroleh kejayaan didalam perusahaan cendawan ini. Wassalam.

No comments:

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,