Laman Web Syedila

Thursday, November 12, 2009

Set 3, mixer, bagging & steamer ke SMT Rembau




Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini CSU selamat membuat satu penghantaran ke SMT Dato Lela Maharaja Rembau Negeri Sembilan. Mesin-mesin ini akan digunakan untuk melatih pelajar-pelajar dalam bidang pertanian iaitu pengkususan tanaman cendawan. Mengikut En. Md. Nasir Md Dewa, Guru Kanan Vokasional, setiap semester seramai lebih kurang 30 pelajar akan mengikuti program penanaman cendawan. Sebelum ini pelajar-pelajar hanya akan diajar membuat bag secara manual dan hanya didedahkan penggunaan masin apabila membuat lawatan ke pengusaha-pengusaha cendawan disekitar N9 dan Selangor. Dengan adanya mesin-mesin ini pelajar pada semester depan akan terus didedahkan dengan penggunaan mesin selain daripada melatih mereka juga secara manual. Pelajar-pelajar ini akan dinilai pencapaian mereka melalui kekemasan bag yang dibuat, penjagaan dan jumlah dan grade hasil cendawan yang diperolehi.
Pihak CSU mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Nasir dan pihak sekolah dan berharap pihak sekolah akan berpuas hati dengan mesin-mesin yang dibekalkan ini. Wassalam.

4 comments:

ci kemma said...

Salam..tahniah dan terima kasih kerana berjaya membekalkan kami warga SMT pertanian seluruh Malaysia dengan peralatan cendawan,hilang sikit keluh kesah kami ingin menjalankan MPAV tahun depan..risau alat takut x sampai..
cgu nasir - nampak kurus sikit dlm gambar tu..kih3x
warga SMT Teluk Intan menunggu kehadiran syarikat tuan.

Syed Osman Abadi said...

Terima kasih Puan, InsyaAllah kami akan ke tempat puan hari Sabtu ini. Kami akan pastikan kelengkapan mesin ini berada dalam keadaan terbaik untuk puan. Wassalam.

ayne said...

kelahhh demo, supply 1 malaya! seronok kwn2 kira mesin yg terjual. pymt yg dh byr, yg belum berbyr... kira la sendiri he he

Syed Osman Abadi said...

AYNE, ni dok kira hok nok kena bayar ke orage banyak jugak....he..he.

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,