Allahamdulillah, hari ini CSU berjaya membuat satu penghantaran yang bersejarah dimana buat julung kalinya CSU membuat penghantaran yang beribu-ribu km jauhnya dan mengharungi Lautan Cina Selatan ke Kuching Sarawak. Tempahan ini dibuat oleh seorang pengusaha En. Adi Lukman bin Ali Hassan di Kampung Paya Mebi, Kuching Sarawak. Penghantaran ini dibuat melalui satu agen pengangkutan beralamat di Pelabuhan Klang Utara. Prosesnya tidaklah terlalu susah hanya perlu membuat satu packing yang baik serta kemas dan bayaran khidmatnya termasuk insuran yang dikenakan tidaklah terlalu tinggi dan berpatutan. Mengikut agen ini masa yang diambil untuk barangan ini sampai ke Port Kuching adalah sekitar 4 hingga 12 hari itupun bergantung kepada banyaknya barang yang akan dihantar. Agen ini akan memaklumkan kemudian bila tarikh sebenarnya ia berlayar dan bila akan sampai ke Kuching. Diharap penghantaran sulung ini akan membuka jalan kepada pengusaha-pengusaha cendawan di Sabah atau Sarawak yang berminat dan bertanya untuk mendapat mesin-mesin perusahaan cendawan dari kami di CSU. Kos tambahan yang pihak kami kenakan adalah kos packing, pengakutan dari Melaka ke Port Klang (agen) dan kos kontena/pelayaran/insuran ke East Malaysia. Diharap pengusaha En. Adi dapat bersabar kerana ini adalah pertama kali CSU membuat urusan penghantaran yang jauh jadi tak dapat pihak kami menentukan tarikh sebenarnya mesin ini yang akan sampai ke Kuching. Jutaan terima kasih diucapkan kepada En. Adi kerana menempah mesin ini dan diharap mesin ini akan dapat membantu beliau dan didoakan kehadrat Illahi semuga En. Adi beroleh kejayaan dalam perusahaan ini. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment