Laman Web Syedila

Saturday, February 14, 2009

Hama atau Flour Mites

Hama atau mites (flour mites) bila menyerang bongkah cendawan akan menyebabkan mesillium mati atau bongkah menjadi jernih. Hama ini akan memakan mesellium sehingga habis. Mengikut pengalaman saya hama apabila menyerang pada masa pemeraman yang telah menghampiri tempoh 1 bulan iaitu mesillium hampir memenuhi penuh bongkah. Sehingga sekarang cara pencegahan terbaik belum lagi saya berjaya seperti menabur kapor, menyembur dettol dll, apa yang perlu dilakukan apabila ia menyerang adalah mengasingkan dan dibuang dengan segera sebelum hama-hama ini berjangkit kebongkah yang lain-lain. Saya ada juga melihat dibawah microscope, benih, habuk sebelum kukus, habuk selepas kukus, dedak gandum dan dedak padi tapi tidak kelihatan ia ada atau telornya ada. Dulu saya menyangkakan daripada benih yang kita beli dan guna yang mana kita tak dapat tentukan F (clone) nya yang rendah dimana benih ini berasaskan gandum yang berkemungkinan ada telor hama dan kemudian menetas didalam bongkah dan menyerang mesillium...mungkin juga...tak dapat kepastian. Kemungkinan juga hama ini berjangkit dari luar atau binatang atau kayu para yang kita gunakan untuk pemeraman bongkah yang dah ada hama. Adalah lebih baik kayu yang kita gunakan sebagai rumah atau para adalah kayu yang berubat (elakkan guna kayu second hand) atau kita cat kayu itu atau digunakan besi keseluruhan. Kebiasaan hama ini menyerang teramat dasyat sehingga boleh merosakan serumah bongkah cendawan tanpa kita sedari. Oleh kerana ia tidak kelihatan oleh mata kasar kita, cara yang lebih baik adalah selalu membuat pemeriksaan beberapa bongkah dari masa kemasa dibawah microscope.
Pencegahan :
Pada pengamatan saya dibawah microscope, hama ini akan mati/tidak bergerak dalam tempoh kurang 30 minit apabila dikeluarkan drp bongkah. Ini mungkin kelembapan yang dah rendah. Melalui pembacaan dan maklumat-maklumat dalam internet, untuk menghapuskan atau mengurangkan serangan hama dengan mengurangkan kelembapan kurang drp 35% dan pengudaraan yang tinggi. Boleh juga disembur dengan Bleach/Klorox/Dettol atau apa-apa bahan pembunuh/pembersih didalam rumah dan diudara dalam rumah cendawan. Pencegahan yang terbaik adalah mengeluarkan kesemua bahan-bahan dalam rumah cendawan dan dibersihkan keseluruhan dan didedah kepada cahaya matahari dan pengudaraan selama beberapa minggu sebelum digunakan semula. Kalau kita ingat ada beberapa pengusaha yang besar-besar (cth. Climix diMelimau, One Mushroom di Muar dll. lagi dimana rumah cendawanya tidak berdinding atau dinding rumbianya yang boleh diangkat supaya lebih pengudaraan didalam bangsal kemungkinan untuk mencegah hama daripada cepat merebak atau mencegah penularan hama antara bongkah.
Dibawah ini adalah beberapa gambar dan tayangan video yang saya sendiri ambil menggunakan microscope daripada bongkah saya yang diserang hama ini. Pembesaran 400 x.
Hama boleh juga rujuk di laman web ini.

http://www.microscopy-uk.org.uk/mag/indexmag.html?http://www.microscopy-uk.org.uk/mag/artjul00/ofmites.html




















>





3 comments:

SlimBudget said...

Pak syed, hama atas tilam tak sama ke dengan hama ni ? Mungkin juga hama berpunca dari persekitaran luar sebab lumrahnya alamnya hama ini memang ada dimana2 sahaja.

Syed Osman Abadi said...

Hama-hama ini berbeza sikit-sikit saja. salah satu cara pencegahannnya adalah randahkan kelembaban bawah 35% dan pengudaraan yang lebih...kalau perlu dibuka netting untuk udara lebih keluar-masuk bangsal cendawan. Patutlah setengah-setengah rumah cendawan mereka bina dinding rumbia yang boleh dibuka untuk pengudaraan yang lebih pada satu-satu masa.

Pusat Cendawan Segambut said...

Terima kasih kerana berkongsi ilmu

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,