Laman Web Syedila

Thursday, February 26, 2009

Autoclave Test

Satu ujian telah diadakan untuk menguji keupayaan autoclave yang sedang dalam pembinaan. Setelah lebih kurang 30 minit air didalam autoclave dikukus dan suhu mencecah 100 degC dengan tekanan hampir 3 psi, berlaku kebocoran stim dibahagian bawah penutupnya. Walaupun penutupnya telah dikedapkan dengan lapisan getah masih kebocoran berlaku. Ujian ini gagal. Keputusan yang diperlukan ialah suhu boleh mencecah sekurang-kurangnya 121 degC dengan tekanan juga 15 psi. Lock perlu ditambah disekeliling penutupnya menjadi 8 unit kesemuanya daripada yang asal 4 unit dan juga tambahan lapisan getah penebat yang lebih tebal. InsyaAllah ujian akan dilakukan lagi setelah pembaikan ini selesai.



Saturday, February 21, 2009

Tempahan Mesin 2 dalam 1

Awal minggu ini pihak CSU mendapat tempahan kepada mesin 2 dalam 1 yang mana ditempah oleh En. Hasmi dari Kelantan dan Puan Aini dari Nilai N9. Pihak CSU mengucapkan ribuan terima kasih diatas kepercayaan mereka dengan kualiti mesin yang dikeluarkan oleh pihak CSU. Meraka merupakan pelanggan kami terdahulu yang menggunakan mesin bagging yang telah pun mereka miliki. Dengan mesin terbaharu ini yang digabungkan mixer dengan bagging yang mana akan lebih menjimatkan masa dan kos buruh dalam penghasilan bongkah-bongkah cendawan. Sehingga hari ini kedua-dua mesin ini dalam pembinaan dengan 80% siap dan dijangka siap sepenuhnya hujung minggu depan. InsyaAllah pihak CSU akan membuat penghantaran dengan kadar yang segera selepas ujian atau test run untuk kedua-dua mesin ini selesai. Sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada En. Hasmi dan Puan Aini.

Saturday, February 14, 2009

Hama atau Flour Mites

Hama atau mites (flour mites) bila menyerang bongkah cendawan akan menyebabkan mesillium mati atau bongkah menjadi jernih. Hama ini akan memakan mesellium sehingga habis. Mengikut pengalaman saya hama apabila menyerang pada masa pemeraman yang telah menghampiri tempoh 1 bulan iaitu mesillium hampir memenuhi penuh bongkah. Sehingga sekarang cara pencegahan terbaik belum lagi saya berjaya seperti menabur kapor, menyembur dettol dll, apa yang perlu dilakukan apabila ia menyerang adalah mengasingkan dan dibuang dengan segera sebelum hama-hama ini berjangkit kebongkah yang lain-lain. Saya ada juga melihat dibawah microscope, benih, habuk sebelum kukus, habuk selepas kukus, dedak gandum dan dedak padi tapi tidak kelihatan ia ada atau telornya ada. Dulu saya menyangkakan daripada benih yang kita beli dan guna yang mana kita tak dapat tentukan F (clone) nya yang rendah dimana benih ini berasaskan gandum yang berkemungkinan ada telor hama dan kemudian menetas didalam bongkah dan menyerang mesillium...mungkin juga...tak dapat kepastian. Kemungkinan juga hama ini berjangkit dari luar atau binatang atau kayu para yang kita gunakan untuk pemeraman bongkah yang dah ada hama. Adalah lebih baik kayu yang kita gunakan sebagai rumah atau para adalah kayu yang berubat (elakkan guna kayu second hand) atau kita cat kayu itu atau digunakan besi keseluruhan. Kebiasaan hama ini menyerang teramat dasyat sehingga boleh merosakan serumah bongkah cendawan tanpa kita sedari. Oleh kerana ia tidak kelihatan oleh mata kasar kita, cara yang lebih baik adalah selalu membuat pemeriksaan beberapa bongkah dari masa kemasa dibawah microscope.
Pencegahan :
Pada pengamatan saya dibawah microscope, hama ini akan mati/tidak bergerak dalam tempoh kurang 30 minit apabila dikeluarkan drp bongkah. Ini mungkin kelembapan yang dah rendah. Melalui pembacaan dan maklumat-maklumat dalam internet, untuk menghapuskan atau mengurangkan serangan hama dengan mengurangkan kelembapan kurang drp 35% dan pengudaraan yang tinggi. Boleh juga disembur dengan Bleach/Klorox/Dettol atau apa-apa bahan pembunuh/pembersih didalam rumah dan diudara dalam rumah cendawan. Pencegahan yang terbaik adalah mengeluarkan kesemua bahan-bahan dalam rumah cendawan dan dibersihkan keseluruhan dan didedah kepada cahaya matahari dan pengudaraan selama beberapa minggu sebelum digunakan semula. Kalau kita ingat ada beberapa pengusaha yang besar-besar (cth. Climix diMelimau, One Mushroom di Muar dll. lagi dimana rumah cendawanya tidak berdinding atau dinding rumbianya yang boleh diangkat supaya lebih pengudaraan didalam bangsal kemungkinan untuk mencegah hama daripada cepat merebak atau mencegah penularan hama antara bongkah.
Dibawah ini adalah beberapa gambar dan tayangan video yang saya sendiri ambil menggunakan microscope daripada bongkah saya yang diserang hama ini. Pembesaran 400 x.
Hama boleh juga rujuk di laman web ini.

http://www.microscopy-uk.org.uk/mag/indexmag.html?http://www.microscopy-uk.org.uk/mag/artjul00/ofmites.html




















>





Wednesday, February 11, 2009

Rumah Cendawan Pasang Siap & Mesin 2 dalam 1

Rumah cendawan pasang siap ini sepenuhnya diperbuat daripada besi. Saiz 20' x 20'. Ketinggian tiang tepi 10 kaki. Kalau perlu ditinggikan lagi boleh diletakkan diatas tiang konkrit batu. Bahagian rangka bumbung kedua untuk pengaliran haba panas keluar belum lagi dipasang dan rangka besi bahagian untuk atap juga belum disiapkan. Rangka pintu juga daripada besi. Dinding sebagaiman biasa boleh dipasang dengan netting atau rumbia. Pemilihan atap boleh digunakan samada zink, alumanium atau rumbia. Apabila siap sepenuhnya saya akan post lagi gambar-gambarnya.



Mesin 2 + 1 , mesin mixer dan mesin bagging, dah siap sepenuhnya. Mesin ini dijalankan oleh 2 motor 2hp. Suisnya dilengkapi berasingan untuk mudah dioperate berasingan. Bagging Machine sebagaimana dengan yang single mesin bagging hanya mucung keluar habuknya yang agak kebawah sedidkit tapi masih senang dikendalikan. Blade mixernya diperbuat besi keluli yang tebal dan anggaran habuk yang boleh digaul sekali sebanyak 100 hinggga 120 kg. Harga paling berpatutan RM7,700.00 seunit.


Tuesday, February 10, 2009

Kunjungan Tetamu

Semalam 9.2.2009, kami telah dikunjungi oleh kenalan baik dan rapat iaitu En. Hanisman bersama keluarga yang sedang bercuti ke Melaka dan juga kenalan saya belajar dulu di UM iaitu Prof. Madya Dr. Husaini dan En. Yunus yang sekarang pengajar di Jabatan Kejuruteraan UPM. Ribuan terima kasih kerana sudi berkunjung ke rumah kami ini, dan sudi-sudilah lagi ke CSU, dapatlah kita berborak panjanggggg lagi...pekena cendawan gorengggg lagi...

Pihak CSU juga dikunjungi 4 pelajar tahun akhir dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang sedang membuat kajian tentang Profile Teknousahawan bagi kertas kerja mereka. Diharap pertemuan yang singkat ini dapat membantu para pelajar ini dalam tugasan mereka. Terima kasih kerana sudi ke CSU dan didoakan semuga you all beroleh kejayaan yang cemerlang kelak. AMIN.

Monday, February 09, 2009

Penghantaran Mesin Bagging

Pada Sabtu lepas iaitu pada 7.2.2009 pihak CSU selamat menghantar satu lagi mesin bagging ke AZ Farm di Kg. Bemban, Seremban, N9. Mesin in ditempah oleh pengusaha Kolonel (B) Zubir Bin Yahya yang mana beliau juga selain cendawan mengusahakan ternakan kambing dan juga "Homestay". Kawasan beliau cukup tenang dan nyaman yang mana tanah beliau dikelilingi anak sungai jernih yang cetek mengalir disempadan tanah perusahaan beliau. Homestay beliau dilengkapi dengan semua kelengkapan rumah dan mempunyai 4 bilik. Bagi sesiapa yang ingin bercuti bolehlah menghubungi beliau di tel. 0122513341. Pihak CSU ingin mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada beliau semuga beliau dan keluarga selalu diberkati Allah s.w.t.

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,