Laman Web Syedila

Thursday, September 25, 2008

Mesin Bagging

Setelah 2 minggu berusaha bersama satu pengilang besi, mereka dan menkaji kesesuaian dan berkali-kali melakukan pengubahsuaian dan pembaikan, akhirnya siap juga mesin bagging yang dihajati. Kapasiti maksima yang habuk yang boleh sekali diisi sebanyak ~45 kg (hasil ~60 bongkah), Mesin ini digerakkan oleh motor 5 hp dengan menggunakan current 3 phase. Penggunaan motor yang agak besar hp adalah supaya lebih tahan apabila beroperasi dan telah diuji non stop selama berjam-jam. Makanismanya menggunakan belt pada motor dan rantai pada kedua-dua batang pemutar habuk dan skru dan juga kotak gear . Setelah diuji purata penghasilan bongkah adalah sebanyak 720 bongkah sehari (8 jam kerja) termasuk menapis habok, mengaul media, mengisi bag, menutup beg, mengisi dalam raga dan mengisi bongkah siap raga kedalam steamer untuk 2 orang pekerja. Kalau dulu hanya dapat disiapkan 360 bongkah saja dalam sehari sehingga dimasukan dalam steamer. Dengan mesin ini dapat dikurangkan kos buruh sehingga separuh daripada harganya. Dalam kiraan mesin ini boleh juga dijalankan dengan menggunakan motor 1 hp @ 2 hp dan single phase current tapi kapasitinya tong habok media kenalah dikecilkan untuk 15 hingga 20 kg sahaja sekali isi.

2 comments:

SlimBudget said...

Pak Syed, berapa kos semuanya ? Kami pon ingat nak DIY pakai motor single phase

Syed Osman Abadi said...

Maaf kos permulaannya agak tinggi sebab kos adalah kos bagi mereka cipta, pengubahsuaian dan pengantian uji dan saya dah juga telah berjanji dengan pengilang yang kos untuk ini tak dapat didedahkan dan kita bersama-sama menanggungnya.
Tapi harganya kemudian untuk motor 2 hp single phase electric dan berkapasiti 20 kg habuk adalah sangat berpatutan daripada kilang iaitu sekitar RM 3,000.00 seunit. (akan dinyatakan kelak oleh kilang dan saya akan menjadi agennya)

Untuk DIY ok, tapi saya rasa ia adalah agak rumit. Apa yang saya lalui dan saya dapati semasa membuat mesin ini banyak faktor-faktor yang perlu diambil berat semasa membuatnya.

1. Perlu welder yang cekap untuk welding dan pemotongan besi untuk membuat kotak untuk habuk dan pemutar skru habuk yang ini tak dapat dibeli dikedai.
2. Saiz kapasiti kotak habuk, saiz pemutar skru (kena kecil) dan keupayaan motor mesti seimbang supaya apabila beroperasi jangka panjang motornya tidak menjadi terlalu panas dan terbakar dan juga membuat pemutar skrunya jem dengan habuk kayu.
3. Kelajuan pemutar skru perlu diimbangkan dengan saiz kotak gear, saiz spoket rantai, saiz pully dan bearing supaya pengeluaran habuk dimucungnya tidak terlalu laju atau terlalu perlahan atau tak keluar.
4. Ada beberapa perkara lain-lain juga yang perlu dipertimbangkan iaitu wayering untuk contacter, foot suis on-off, dan suis main dan mengetahui keupayaan current yang diperlukan supaya keupayaan motor berpadanan dengan bebannya.
5. Kedudukan motor dengan pully, rantai, batang shaft (kena tempah ikut sais pully) atas dan bawah, bearing perlu ada kemahiran supaya kedudukannya akan tidak memberi masalah kestabilan keseluruhan mesin.

Selamat mencuba, terima kasih. wasslam,

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,