Laman Web Syedila

Tuesday, September 30, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri




::Selamat Hari Raya Aidilfitri



Saya dan seisi keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan-rakan usahawan dan juga semua kenalan yang mengenali diri ini. Semuga dihari baik dan bulan baik ini kita semua dapat keberkatan berpanjangan dari Allah s.w.t. AMIN

Thursday, September 25, 2008

Hasil cendawan bongkah sendiri

Ini adalah hasil sulong cendawan yang dihasilkan dari bongkah sendiri yang mana secara purata adalah sebanyak 7 hingga 8 kilo sehari untuk setiap daripada 300 bongkah dibuka (Alahamdullilah), (keseluruhan yang telah matang 3,500 bongkah). Jika mengikut kiraan jika setiap bongkah memberi 50 g sepatutnya jumlah hasil adalah 14 hingga 15 kilo sehari, sebagaimana yang diketahui dan mungkin juga ini adalah kali pertama hasil dan diharap kutipan kali kedua dan seterunya memberi hasil yang lebih tinggi InsyaAllah.


Mesin Bagging

Setelah 2 minggu berusaha bersama satu pengilang besi, mereka dan menkaji kesesuaian dan berkali-kali melakukan pengubahsuaian dan pembaikan, akhirnya siap juga mesin bagging yang dihajati. Kapasiti maksima yang habuk yang boleh sekali diisi sebanyak ~45 kg (hasil ~60 bongkah), Mesin ini digerakkan oleh motor 5 hp dengan menggunakan current 3 phase. Penggunaan motor yang agak besar hp adalah supaya lebih tahan apabila beroperasi dan telah diuji non stop selama berjam-jam. Makanismanya menggunakan belt pada motor dan rantai pada kedua-dua batang pemutar habuk dan skru dan juga kotak gear . Setelah diuji purata penghasilan bongkah adalah sebanyak 720 bongkah sehari (8 jam kerja) termasuk menapis habok, mengaul media, mengisi bag, menutup beg, mengisi dalam raga dan mengisi bongkah siap raga kedalam steamer untuk 2 orang pekerja. Kalau dulu hanya dapat disiapkan 360 bongkah saja dalam sehari sehingga dimasukan dalam steamer. Dengan mesin ini dapat dikurangkan kos buruh sehingga separuh daripada harganya. Dalam kiraan mesin ini boleh juga dijalankan dengan menggunakan motor 1 hp @ 2 hp dan single phase current tapi kapasitinya tong habok media kenalah dikecilkan untuk 15 hingga 20 kg sahaja sekali isi.

Wednesday, September 24, 2008

Belian Bongkah



Dua/tiga minggu lepas dibuat penghantaran sebanyak 4,000 bongkah ke Kampong Kota, Negeri sembilan iaitu kepada pengusaha En. Radzi dan isteri yang baru mula mengusahakan cendawan. 1,000 bongkah telah matang dan 3,000 bongkah hampir matang. Menurut En. Radzi pembelian bongkah ini adalah langkah pertama/pilot projek beliau sebelum beliau betul-betul ingin berkecimpung dalam pengusahaan cendawan. CSU mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberi, semuga beliau berjaya dalam usahanya, InsyaAllah. Pihak CSU akan sentiasa memberi bantuan dan tunjuk ajar supaya beliau akan lebih berjaya kelak.






Minggu lepas En. Abas di Merlimau membeli sebanyak 500 bongkah matang lagi untuk ditambah kepada 500 yang telah dibeli terdahulu untuk menjadi pilot projek cendawan beliau. Pihak CSU mengucapkan berbanyak ribuan terima kasih kerana meletak kepercayaan kepada CSU untuk menjadi pembekal bongkah kepada beliau. Diharap beliau akan berpuas hati dengan kemudahan dan perkhidmatan yang telah diberi.

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,