Laman Web Syedila

Sunday, September 05, 2010

Salam

Assalamualaikum dan salam sejahtera, sudah agak lama juga CSU tidak update blog CSU berhubung dengan perkembangan perniagaan dan juga aktiviti-aktiviti dalam CSU. Allahamdullilah semuanya berjalan dengan baik. Sebenarnya pihak CSU agak sibuk dengan beberapa perkara, dan yang paling major adalah permindahan bangkel CSU (Syedila) dari Duyung ke Sungai Udang yang mana melibatkan banyak kos dan juga masa. Allahamdulillah sekarang sudah selesai dan kini bangkel CSU sudah sepenuhnya beroperasi di Sungai Udang. Walaupun bangkel di Sungai Udang agak kecil berbanding dengan yang dahulu tapi suasananya lebih aman dan lebih tenang, dan yang paling utamanya adalah berdekatan dengan kediaman kami dan rumah cendawan kami dan dengan ini dapatlah CSU melakukan aktiviti dan pemantauan dengan lebih cekap dan lebih baik untuk kesemuanya, InsyaAllah.

Dalam tempoh pemindahan bangkel ini, pihak CSU ada juga menerima tempahan mesin-mesin dari pihak Jabatan-Jabatan Pertanian dan ada yang telah dibuat penghantaran dan diantaranya Jabatan Pertanian Klang (2 in 1 Mini, Laminar Flow & Autoclave), Jabatan Pertanian Segamat (2 in 1 Besar & Steamer/bakul), Jabatan Pertanian Bera Pahang ( Mixer & Steamer), Jabatan Pertanian Negeri Sembilan (2 unit Bagging & 2 in 1 Mini), Jabatan Pertanian Taipin Perak (2 in 1 Besar, Steamer/bakul dan peralatan Bag Cendawan) dan Jabatan Pertanian Melaka (3 unit steamer). Juga dari beberapa pengusaha cendawan iaitu En. Aziz di Kulim ( 2 in 1 Besar elektrik 3 phase), Puan Juriah di Baling (2 in 1 Besar), dan En.Hafiz di Ramuan China Melaka (2 in 1 Besar) dan En. Din di Teluk Intan Perak ( Mesin Kordial dan Mesin Karbonator Kordial), En. Hassan dari Johol N9 (2 in 1 - dgn 3 outlet bagging dalam mixer berkapasiti 150kg) dan En. Ahmad Bakri dari Maran, Pahang (2 in 1 Besar)

Pihak CSU dan Syedila Enterprise rasa amat bersyukur kehadrat Illahi dan mengucapkan jutaan terima kasih diatas segala sokongan dan kepercayaan tuan-tuan dan puan-puan diatas produk-produk keluaran kami dan kami berharap dimasa-masa hadapan dapat mempertingkatkan lagi produk-produk ini dan bersama-sama kita memajukan industri cendawan di Malaysia.

Rakaman gambar-gambar sekitar penghantaran mesin-mesin keluaran Syedila Enterprise (CSU) dibeberapa negeri dalam tempoh masa 2 bulan ini. Terima kasih, wassalam.




Terima kasih En. Din di Teluk Intan Perak, mesin kodial berkapasiti 200 liter dan menempah mesin karbonator.









Terima kasih kepada pengusaha Puan Jariah, Baling Kedah. Pengusaha En. Aziz dan isteri di Kulim Kedah, pengusaha En. Azizol di Meru Selangor, pengusaha En. Akmal, Jabatan Pertanian Klang En. Kamal dan En. Zul Pertanian Meru.




Terima kasih kepada pengusaha En. Sharil di Gementah, Segamat Johor, En. Azuan (Jabatan Pertanian Segamat).





Terima kasih kepada Jabatan Pertanian Seremban En. Nor Hazlan dan Pertanian Port Dickson En. Amin.







Terima kasih kepada pengusaha En. Fuad di Rembau N9, Jabatan Pertanian Rembau Cik Adila.




Penghantaran Mixer dan Steamer ke Bera Terima kasih Pertanian Bera, En. Mahidin dan pengusahan En. Azlan.

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN

PENGUSAHA MESIN PERTANIAN & CENDAWAN TIRAM KELABU :
Menjual dan membekal mesin-mesin pertanian / perusahaan cendawan seperti Mesin Mixer & Bagging (2 in 1), Mesin Bagging, Steamer, Mesin Mixer, Laminar Flow, Auto Clave DLL &
Membekal Cendawan Tiram Segar, Serunding Cendawan, Bongkah Cendawan Matang & Separuh Matang, Keperluan Buat Bongkah Cendawan ; Plastik PP, Dedak, Kapur Pertanian, Set 4 Penutup dan Benih Cendawan,